• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zambry Mahu RAC Bincang Sebelum Tangguh Caj Parkir

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perbadanan Aset Keretapi (RAC) diminta agar lebih serius selain memanjangkan tempoh penangguhan cadangan untuk mengenakan caj tempat letak kereta di Stesen Keretapi Tanjong Malim.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata terdapat dakwaan RAC telah mengeluarkan arahan supaya caj parkir dikenakan kepada orang awam bermula 15 Sept ini.

Katanya perbadanan tersebut sepatutnya memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat dan berbincang dengan kerajaan negeri secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya nampak seolah-olah ia (penangguhan caj parkir) sengaja dipermain-mainkan oleh RAC selepas kita minta mereka tangguhkan terlebih dahulu.

“Mungkin kepada mereka perkara ini dianggap kecil tetapi kepada rakyat dan kerajaan kita anggap impaknya besar,” katanya kepada pemberita selepas menutup seminar pengurusan tanah di sini hari ini.

Semalam Zambry meminta supaya RAC menangguhkan pelaksanaan caj parkir di stesen kereta api seluruh negeri bagi mengurangkan beban dan menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam dalam kalangan rakyat.

RAC dalam kenyataannya hari ini menyatakan cadangan tersebut yang sepatutnya dilaksanakan mulai hari ini ditangguhkan, namun tidak menyatakan tempoh penangguhan.

Zambry berkata beliau memahami tujuan RAC melaksanakan caj tersebut antara lain adalah untuk menjana keuntungan namun ia tidak sepatutnya dibuat secara terburu-buru.

“Caj yang akan dikenakan dibimbangi akan menyebabkan orang ramai menjauhkan diri daripada menggunakan perkhidmatan kereta api di stesen berkenaan,” katanya.

Kadar caj semasa bagi seluruh stesen kereta api dan komuter di seluruh negara adalah seragam iaitu percuma bagi 15 minit pertama, RM2 bagi tiga jam seterusnya, diikuti tambahan RM1 bagi jam berikutnya dengan kadar caj maksimum RM4 sehari setiap kali masuk.

Bagi motosikal, kadarnya adalah RM1 manakala bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ia adalah percuma. – BERNAMA

Tags: RAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd