• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakaria Ketahui Nasibnya Hari Ini Hasil Siasatan

oleh AK-47
11/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti susulan siasatan dalaman, akan mengetahui nasibnya hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas pusingan akhir siasatan itu, Zakaria berkata beliau difahamkan lembaga pengarah FGV akan bermesyuarat hari ini untuk membuat keputusan.

Beliau berkata siasatan itu yang membabitkan urusan antara anak syarikat FGV Delima Oil Products Sdn Bhd dan rakan perniagaannya Safitex Trading LLC, berlangsung selama empat jam.

“Saya harap semuanya berjalan dengan baik. Saya tidak mahu ‘mengulas’ (mengenai keputusan). Saya serahkan kepada kebijaksanaan lembaga pengarah, termasuk pengerusi baharu, untuk menilai kes ini,” katanya.

Pengerusi baharu FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang memulakan tugas hari ini, mengadakan mesyuarat pertamanya bersama pegawai pengurusan kanan pagi tadi, dan dijadualkan mengadakan mesyuarat oengurusan pada sebelah petang.

Zakaria berkata beliau tidak dapat bertemu Azhar disebabkan jadual ketat pengerusi berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Zakaria Arshad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zakaria Letak Jawatan Presiden, CEO FGV

18/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Datuk Zakaria Arshad telah meletak jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd. Dalam...

PH Pecat Zakaria Sebagai CEO FGV

13/09/2018
0

DIBUANG KERJA... Ketika zaman Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) tampak begitu ghairah sokong Datuk Zakaria Arshad dalam kemelut 'panas'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd