Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Bapa Kesal Spekulasi Mia...

KUALA LUMPUR - Pelakon Mia Sara Nasuha, 13, dimasukkan ke sebuah hospital swasta...

Peniaga Jangan Naikkan Harga...

SELAMA - Peniaga khususnya di negeri yang dilanda banjir diingatkan agar tidak mengambil...

Arab Saudi Buka Sempadan...

RIYADH - Raja Arab Saudi, Raja Salman mengarahkan sempadan berhampiran Qatar dibuka bagi...

Zahid Rai 3 Sayap...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Zakar Tersangkut Dalam Lubang Besi Angkat Berat

BERLIN – Berat mata memandang, berat lagi zakar yang memikul! Opssss silap… sepatutnya berat lagi bahu yang memikulnya, namun itulah yang berlaku di Jerman.

Secara umumnya dalam kalangan kita, pasti ada sahaja golongan lelaki yang bertubuh sasa atau sado gemar mengangkat berat di gim sama ada untuk kekal sihat atau membina badan.

Bagaimanapun, bagi seorang lelaki ini, beliau kemungkinan besar begitu terbawa-bawa dalam senaman di gim- sehingga zakarnya sendiri pula tersendat, menurut laporan media tempatan.

Pasukan bomba terpaksa dikerahkan untuk membebaskan lelaki itu setelah batang kemaluannya terselit dalam lubang di tengah-tengah plat angkat berat gim seberat 2.5 kilogram pada Jumaat.

Malah, lelaki malang tersebut terpaksa ‘menanggung malu’ untuk dibawa dari gim di Worms; 617 kilometer dari sini ke sebuah hospital berhampiran dengan besi berat di sekeliling zakarnya.

Beliau kemudian, juga harus menahan sakit apabila anggota bomba tempatan cuba membebaskannya dengan cara memotong besi itu – selepas tiga jam mereka terpaksa bermandi peluh!


Tidak dapat dipastikan sama ada zakar lelaki itu terjejas dengan teruk oleh insiden tersebut. Bagaimanapun, pasukan bomba sempat menulis amaran menerusi laman Facebook mereka

“Jangan meniru tindakan sedemikian!” Ia menyebabkan ramai netizen tidak dapat menahan ketawa berbanding perasaan simpati terhadap mangsa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori