• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yingluck Shinawatra Disahkan Berada Di Dubai

oleh Ahmad Albab
29/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun semalam kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Perdana Menteri, Jen. Prayuth Chan-o-cha.

“Sejauh yang saya tahu, saya telah dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Kementerian Luar yang beliau kini berada di Dubai,” katanya kepada media hari ini.

Abangnya Thaksin Shinawatra yang juga merupakan bekas perdana menteri yang kini hidup dalam buangan dilapor mempunyai rumah di Dubai.

Prayut berkata perlu difailkan permohonan ekstradisi kerana suspek didapati tinggal di negara asing.

Beliau berkata Kementerian Luar dan pihak polis perlu menentukan tindakan mereka selanjutnya susulan hukuman ke atas Yingluck itu termasuk mendapat kerjasama dengan Interpol.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Jen. Prawit Wongsuwan berkata Negara Teluk itu telah memaklumkan bahawa Yingluck tidak akan dibenarkan melakukan pergerakan politik di negara itu.

“Saya tidak tahu,” kata Prawit bila ditanya sama ada beliau yakin Yingluck tidak akan menyertai pergerakan politik di Dubai.

Mahkamah Agung Thailand mendapati Yingluck bersalah kerana kecuaian dalam melaksanakan skim subsidi beras dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun, tanpa kahadirannya di mahkamah. – BERNAMA

Tags: Yingluck Shinawatra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Foto Bekas PM Thai Di London Cetus Misteri

07/01/2018
0

BANGKOK - Polis Thailand akan menghubungi rakan sejawat mereka di United Kingdom bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung lokasi bekas...

Lagi Foto Bekas PM Yingluck Tersiar Di London

01/01/2018
0

BANGKOK – Beberapa lagi foto tersebar menunjukkan seorang wanita dikatakan bekas Perdana Menteri Thai, Yingluck Shinawatra yang ‘hilang diri’ sedang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd