• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yingluck Didapati Bersalah, Dihukum Penjara 5 Tahun

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Mahkamah Agung Thailand Rabu mendapati bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra bersalah tanpa kehadirannya kerana kecuaian dalam pelaksanaan skim subsidi beras yang menimbulkan kontroversi dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Seramai sembilan hakim Bahagian Jenayah Untuk Pemegang Jawatan Politik Mahkamah Agung mengumumkan penghakiman yang telah lama dinanti-nantikan itu.

Adik kepada bekas Perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tidak menghadiri prosiding untuk mendengar keputusan mahkamah. Keberadaannya sekarang masih menimbulkan misteri sejak gagal hadir pada prosidng mahkamah yang sam bulan lepas.

Kerana ketidakhadiran Yingluck bulan lepas, mahkamah menangguhkan keputusan sehingga hari ini.

Kerajaan mendakwa bahawa skim subsidi beras yang dilaksanakan semasa pentadbiran Yingluck menyebabkan negara itu menanggung kerugian kewangan yang besar walaupun bekas perdana menteri itu menafikan tuduhan itu sepanjang perbicaraan selama dua tahun.

Yingluck menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand pada 2011 selepas memenangi pilihan raya umum sebelum beliau digulingkan oleh junta tentera pada Mei 2014. – BERNAMA

Tags: Yingluck Shinawatra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Foto Bekas PM Thai Di London Cetus Misteri

07/01/2018
0

BANGKOK - Polis Thailand akan menghubungi rakan sejawat mereka di United Kingdom bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung lokasi bekas...

Lagi Foto Bekas PM Yingluck Tersiar Di London

01/01/2018
0

BANGKOK – Beberapa lagi foto tersebar menunjukkan seorang wanita dikatakan bekas Perdana Menteri Thai, Yingluck Shinawatra yang ‘hilang diri’ sedang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd