• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Volterman Smart Wallet’, Dompet Paling Bijak Di Dunia

oleh Ahmad Albab
02/09/2017
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEHILANGAN beg duit atau dompet merupakan salah satu perkara yang boleh membuatkan kita berasa sudah hati dan tidak senang duduk.

Pernahkah anda berharap jika cara mencari dompet yang hilang boleh dipermudahkan? Tidak perlu berasa cemas dan tidak memenatkan?

Menurut portal berita Oddity Central (OC), sebuah syarikat di Armenia, Volterman telah mereka cipta cara yang mudah untuk mencari dompet yang hilang.

Mereka mencipta sebuah dompet bijak yang mempunyai 5 ciri istimewa dan sekali gus bakal menjadikan dompet tersebut sebagai paling selamat di dunia.

Lima ciri yang  terdapat di dompet tersebut ialah:

1. Mempunyai GPS

Sistem pengesan GPS yang terdapat dalam dompet Volterman membolehkan anda mengenal pasti lokasi dompet anda tanpa perlu bersusah payah. Jadi jika dompet anda tertinggal di suatu tempat dan anda tidak mengingatinya, anda hanya perlu memasuki app Volterman dan mengesan lokasi dompet anda.

2. Kamera

Ciri kedua yang terdapat pada dompet tersebut ialan, kamera.  Apabila anda meletakkan status dompet anda sebagai hilang di app Volterman, kamera itu akan diaktifkan untuk mengambil gambar sejurus selepas dompet itu dibuka. Gambar-gambar itu akan disimpan terus dalam app dan anda akan dapat mengesan siapa yang membuka dompet anda.

“Jika sesiapa yang berani membuka dompet anda tanpa anda mengetahui rahsia dompet anda, kamera kecil itu akan mula memetik dan mengirimkan kepada telefon bimbit anda melalui sambungan Internet,” kata pengasas Volterman, Azat Tovmasyan kepada OC.

“Kami mencipta dompet yang tidak akan hilang. Jika ia hilang, anda pasti mendapatkannya semula apabila gambar si pencuri itu dikirimkan kepada anda,” katanya lagi.

3. Pengecas mudah alih atau ‘power bank’

Dompet Volterman juga boleh digunakan sebagai power bank! Direka khas dengan kuasa antara 2,000mAh hingga 5,000mAh, ia cukup untuk anda mengecas penuh smartphone anda.

4. Sistem amaran

Jika anda sering tertinggal telefon bimbit atau dompet anda, ciri yang ini pasti merubah hidup anda. Jika anda memilih untuk memadankan (sync) dompet itu kepada telefon bimbit anda melalui app Volterman, ia akan dilengkapi dengan sistem amaran.

Maknanya, jika dompet anda berada jauh melebihi 10-15 meter dari telefon bimbit, sistem amaran akan diaktifkan dan dikirmkan kepada anda. Yang menariknya, perkara yang sama boleh dilakukan jika telefon bimbit anda yang dipisahkan! Dompet anda akan diaktifkan untuk memberi amaran kepada anda.

5. Wi-Fi hotspot

Anda perlu menggunakan Internet tetapi tiada Wi-Fi atau tidak mahu menggunakan data internet sendiri? Jangan risau, laporan OC menyatakan dompet Volterman itu juga dilengkapi dengan ciri Wi-Fi hotspot. Ia menambah syarikat berkenaan mendakwa harga untuk menggunakan Wi-Fi itu dua kali lebih murah berbanding sebarang penyedia Internet di merata dunia!

Menurut Azat, idea mencipta dompet ini tercetus apabila anak perempuannya tidak sengaja meletakkan dompetnya di dapur dan dia mengambil lebih sebulan untuk membuat semula semua dokumen penting seperti kad pengenalan, kad ATM yang disimpan dalam dompetnya.

OC juga melaporkan bahawa prototaip Volterman mendapat sambutan dan akan mula dijual di pasaran pada Disember ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dompetreka cipta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bumbung Masjid Beralih, Siling Jatuh Tiba-Tiba

Next Post

27 Tahun Bersusah Payah Demi Bekalan Air

Related Posts

Cuba Pulangkan Dompet ‘Biker’ Dapat Isyarat Lucah

02/12/2016
39

SATU video yang dirakam oleh seorang penunggang motosikal memaparkan pemandu kereta berwarna perak yang tercicir dompet selepas selesai isi minyak...

Kisah Makcik Paruvathy, Pekerja Sunway Lagoon Yang Jujur

26/03/2016
0

APA yang anda akan lakukan jika terjumpa sejumlah wang depan mata? Bukan setakat seringgit dua tetapi nilainya hampir 10 ribu ringgit,...

Next Post

27 Tahun Bersusah Payah Demi Bekalan Air

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd