• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Warga Emas Maut Ditendang Lembu Korban

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Seorang warga emas maut akibat ditendang lembu korban ketika cuba mengikat kaki haiwan, pagi Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di Kampung Dusun Durian, Seri Mahligai, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi.

Mangsa, Kamarudin Mamat, 65, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman di bahagian dada dan perut.

Isteri mangsa, Che Hasmah Abd Rahman, 59, berkata suaminya menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi ketika dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, selepas ditendang, orang ramai membawa suaminya yang dalam keadaan lemah, pulang ke rumah.

“Suami masih sedar dan boleh bercakap. Arwah kemudiannya mengadu sesak nafas dan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, pada pagi kejadian, arwah yang periang dan banyak bercakap bertukar menjadi seorang pendiam.

“Saya amat terkejut selepas menerima khabar buruk daripada orang kampung. Saya tak sangka perubahan sikapnya itu memberi petanda suami akan tinggalkan kami selama-lamanya.

“Jenazah arwah dikebumikan selepas Maghrib pada hari sama di Tanah Perkuburan Islam Seri Mahligai,” katanya yang mempunyai lapan anak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu. – BH Online

Tags: ibadah korbanmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd