• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Upah Kaki Pukul Untuk Disiplinkan Pelajar

oleh Ahmad Albab
18/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUCKNOW (India) – Bagi mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar lelaki yang semakin meningkat, Universiti Lucknow di sini, mengupah 15 kaki pukul untuk berkawal di asrama.

Universiti itu sebelum ini mengambil beberapa langkah bagi membendung masalah kecurian dan pergaduhan di dewan makan di asrama lelaki.

Alat perakam kedatangan biometrik yang dipasang pada bulan lalu dan pengawal keselamatan ditempatkan di dewan makan tetapi masih gagal mengatasi isu berkenaan.

Pihak universiti juga memasang kamera keselamatan tetapi alat itu turut dicuri pelajar dan orang luar yang menceroboh dewan makan berkenaan.

“Pengawal keselamatan tidak mampu menghalang orang luar masuk ke dewan makan untuk mengambil makanan dan mencuri.

“Mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa apabila alat perakam biometrik dirosakkan. Jadi untuk mengatasi masalah ini kami menukar kawalan keselamatan,” kata Naib Canselor SP Singh yang dipetik Times Of India.

Katanya, sejak Rabu lalu, 15 kaki pukul berkawal di dewan makan bersama pegawai universiti bagi memastikan pelajar tidak menimbulkan masalah.

Kaki pukul yang diupah itu juga akan memeriksa kad pelajar bagi memastikan tiada orang luar yang masuk ke dewan makan untuk menikmati makanan secara percuma.

Ujarnya, sehingga kini, usaha itu menunjukkan hasil positif selepas pelajar kelihatan berdisiplin ketika mengambil makanan dan tiada orang luar berani masuk ke dewan makan. – Agensi/myMetro Online

Tags: Indiapelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd