• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UNESCO Gesa Kelantan Tarik Balik Haram Mak Yong

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kelantan digesa menarik balik larangan persembahan tarian Mak Yong dan lain-lain bentuk seni tradisional Melayu secara terbuka.

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam bidang hak budaya, Karima Bennoune berkata budaya ini yang kaya dengan tradisi sebaliknya perlu dirai dan dihargai kerana ia adalah satu seni pentas yang tertua di dunia.

Beliau berkata langkah-langkah juga perlu diambil bagi meningkatkan kefahaman dan penjelasan tentang maksud amalan-amalan ini, dan sejarahnya yang panjang di Malaysia untuk mengatasi pandangan prejudis mengenainya.

“Oleh kerana Kelantan kaya dengan tradisi seni, sekatan ke atas bentuk seni tradisional yang lain seperti wayang kulit, main puteri dan dikir barat juga perlu ditarik balik.

“Rakyat harus menikmati persembahannya dan menghargai budaya asli ini yang telah wujud selama berabad-abad,” kata beliau pada sidang media mengenai hak-hak budaya Malaysia di sini hari ini.

Mak Yong merupakan salah satu persembahan seni tradisi tertua Kelantan dan ia telah diiktiraf sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sidang media itu diadakan untuk membentangkan dapatan awal Bennoune hasil lawatannya selama 11 hari ke Malaysia yang berakhir hari ini dan menilai usaha untuk melaksanakan hak-hak budaya terutama hak rakyat untuk mengambil bahagian dalam kehidupan budaya tanpa diskriminasi.

Bennoune yang berada di negara ini atas jemputan kerajaan Malaysia, diberi mandat oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk pemantauan, mengkaji semula, dan memberi nasihat tentang hak-hak budaya di semua negara.

Sementara itu, Bennoune menarik perhatian tentang perlunya menyemak dan menjelaskan kriteria untuk penapisan bjuku dan filem serta menjadikan proses membuat keputusan lebih telus bagi menjamin hak kebudayaan termasuk kebebasan persembahan seni di negara ini.

“Istilah seperti kontroversi atau sensitif adalah terlalu subjektif untuk mematuhi standard antarabangsa mengenai kebebasan bersuara. Di samping itu, lebih banyak sokongan perlu diberikan untuk penerbit filem bebas dan dokumentari termasuk platform dalam media nasonal,” kata beliau. – Bernama

Tags: PBBTarian Mak YongUNESCO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd