• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Sabah Tak Gentar Pendekatan Pembangkang

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – UMNO Sabah tidak peduli dengan pendekatan parti pembangkang dalam meraih sokongan pengundi di negeri ini termasuk membuka cawangan di kubu kuat Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah itu berkata pendekatan tersebut pembangkang itu dialu-alukan kerana UMNO dan BN Sabah tidak gentar malah bersedia untuk berhadapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Saya cabar jika mereka mahu buka cawangan atau meletakkan calon di mana-mana kawasan sekali pun, silakan kerana kita (BN) cukup bersedia,” katanya, ketika ditemui pemberita selepas meninjau keadaan jalan di Kampung Bubul Lama yang terhakis, di sini hari ini.

Ramlee berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kononnya DAP akan membuka cawangan di kubu kuat UMNO dan BN termasuk kawasan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Musa Aman di Libaran.

Sementara itu, Ramlee berkata akan lebih ramai anggota pembangkang mengikut jejak langkah Tan Sri Muhamad Muhammad Taib yang kembali menyertai UMNO.

“Kita percaya bahawa tindakan beliau menyertai parti pembangkang dahulu kerana merajuk namun hati dan jiwanya kekal bersama UMNO,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa tindakan Muhammad atau Mat Taib itu akan memberi sumbangan khususnya kepada Selangor.

Terdahulu dalam tinjauannya itu, beliau berkata akan membaik pulih jalan tersebut yang merupakan antara jalan digunakan penduduk kampung termasuk untuk ke tanah perkuburan.

Katanya, kerja-kerja membaiki jalan itu memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk di kawasan sekitar. – BERNAMA

Tags: Datuk Ramlee MarahabanUMNO Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GRS Fokus Laksana Mandat Rakyat, Tidak Terikut Politik Semenanjung

01/04/2021
0

KOTA KINABALU - Parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap fokus dalam melaksanakan mandat rakyat Sabah yang mahukan negeri...

UMNO Sabah Tetap Pertahan GRS

05/01/2021
0

KOTA KINABALU - UMNO Sabah mengulangi pendirian untuk terus mempertahankan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibentuk menerusi kerjasama pelbagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd