• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Jawatankuasa Pantau Indeks Syariah Negeri

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan Jabatan Agama Islam seluruh negara menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau Indeks Syariah negeri masing-masing agar penilaian prestasi pentadbiran negara daripada perspektif Maqasid Syariah lebih mudah difahami.

Ketua Pengarahnya Tan Sri Othman Mustapha berkata penubuhan jawatankuasa khas itu juga mampu membantu dalam meluaskan perlaksanaan Indeks Syariah Malaysia yang mencakupi pelbagai aspek yang lengkap untuk dijadikan panduan dan amalan sebagai sebuah negara Islam.

“Indeks Syariah Malaysia ini merupakan pendekatan ikhlas untuk menilai setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian meliputi aspek ekonomi, kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan sebagainya.

Dengan tertubuhnya jawatankuasa khas di setiap negeri, kita percaya ianya mampu memberi penjelasan yang lebih dekat kepada seluruh masyarakat di negeri itu bahawa Indeks Syariah Malaysia ini tidak hanya memfokuskan soal nikah kahwin dan perwarisan harta sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia peringkat negeri yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar di Ayer Keroh di sini hari ini.

Othman berkata fasa pertama Indeks Syariah Malaysia dua tahun lepas ialah memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai Maqasid Syariah manakala fasa kedua yang bermula tahun ini merupakan fasa pembudayaan atau pelaksanaan konsep Indeks Syariah ke dalam dasar sedia ada.

Indeks Syariah Malaysia yang diperkenal sejak 2015 adalah satu kaedah pengukuran yang saintifik dan menyeluruh bagi mengukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara berdasarkan lima prinsip asas Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Dalam pada itu Naim berkata Kerajaan Negeri Melaka menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bakal merangka satu jawatankuasa bagi memantau Indeks Syariah Malaysia ini dalam masa terdekat.

“Jawatankuasa ini bakal dilaksana segera bagi memperluas Indeks Syariah Malaysia selari dengan saranan kerajaan bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara contoh kepada negara-negara Islam di luar dari sudut perkembangan syariah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Othman Mustapha
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jaga Imej Jakim Semasa Dan Di Luar Waktu Tugas

12/10/2017
0

BANGI - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha mengingatkan pegawai dan bekas pegawainya menjaga imej...

RM65.27 Juta Dana Bantuan Pondok, Tahfiz Diagih

18/09/2017
0

PUTRAJAYA - Sebanyak RM65,278,640.00 telah disalurkan kerajaan kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SAR) dan institusi tahfiz melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd