• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Mohon Dana Bantu Mangsa Taufan Harvey

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meminta Kongres meluluskan dana awal pemulihan bernilai AS$7.85 bilion (RM33.52 bilion) untuk membantu pembangunan semula mangsa banjir di Texas.

Pengarah Bajet Rumah Putih, Mick Mulvaney, dalam surat kepada Speaker Dewan, Paul Ryan, menjelaskan kegagalan menaikkan had pinjaman yang dijangka dicapai penghujung bulan ini bakal menghalang permintaan seterusnya untuk mendapatkan dana bantuan.

Katanya, dana itu termasuk AS$7.4 bilion (RM31.60 bilion) untuk disalurkan kepada Agensi Pengurusan Dana Bantuan Kecemasan Persekutuan dan AS$450 juta (RM1.9 bilion) untuk program pinjaman pentadbiran perniagaan kecil kepada mangsa.

“Permintaan ini adalah bayaran muka terhadap komitmen presiden untuk membantu memulihkan semula negeri yang terjejas dan keperluan permintaan untuk pembangunan jangka masa panjang,” katanya.

Trump dijangka mengemukakan permohonan AS$5.95 bilion (RM25.41 bilion) untuk usaha pemulihan selepas Taufan Harvey menenggelamkan Houston dan beberapa bahagian di Texas.

Rumah Putih berkata, ia bakal mengemukakan beberapa permintaan daripada Kongres untuk menyalurkan dana untuk tujuan pemulihan mangsa Harvey. – Reuters

Tags: taufan harvey
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kim K Sumbang AS$500,000 Untuk Mangsa Harvey

30/08/2017
0

LOS ANGELES - Selebriti rancangan realiti, Kim Kardashian dan keluarganya menyalurkan sumbangan AS$500,000 (RM2.1 juta) kepada usaha bantuan Taufan Harvey....

Taufan Harvey Diramal Terus Badai Texas

29/08/2017
0

HOUSTON - Banjir akibat Taufan Tropika Harvey, yang sudah meragut tujuh nyawa di Texas dan memaksa 30,000 meninggalkan kediaman mereka,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd