• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Tahfiz: 6 Suspek Pernah Dibuang Sekolah

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam remaja yang disyaki menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Datuk Keramat di sini dibuang sekolah sebelum ini kerana masalah disiplin termasuk ponteng.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mereka didapati tidak hadir ke sekolah sejak 2012 hingga tahun lalu.

“Ada suspek yang berumur 16 tahun pernah belajar di Tingkatan Satu pada tahun 2012. Selepas itu mereka tidak lagi hadir ke sekolah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program ‘Sayangi Diri, Jauhi Dadah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana hari ini.

Kaitan: 7 Ditahan Bakar Pusat Tahfiz Sebab Dendam Diejek

Beliau berkata pihak sekolah telah mengambil pelbagai tindakan seperti mengeluarkan surat amaran serta berjumpa ibu bapa mereka bagi membincangkan masalah anak masing-masing sebelum tindakan buang sekolah diambil.

“Namun remaja yang berumur 18 tahun sempat menghabiskan sesi persekolahannya dan menyambung pelajaran di sebuah institut latihan kemahiran,” katanya.

Kebakaran asrama pusat tahfiz itu pada Khamis lepas menyebabkan 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden terkorban. – BERNAMA

Tags: 7 suspek remajakebakaran pusat tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd