Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

“Perlu Beri Semangat Kepada...

PENYANYI baharu Aiman Tino sering menerima kritikan sehinggakan beberapa minggu lalu beliau dikritik...

Rentak Pengundian Perlahan, 62%...

KUALA LUMPUR - Pemilih masih keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),...

Operasi Cari Warga Emas...

BAGAN DATOH - Usaha mengesan seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas ketika...

Harga Tambang Penerbangan Domestik...

JAKARTA – Harga tiket pesawat komersial turun untuk pelbagai destinasi di Indonesia awal...

Tips Mudah Tukar Gaya Menyimpan Duit

SETIAP orang mesti akan ada taktiknya yang tersendiri untuk berjimat setiap bulan lepas dapat gaji kan.

Tapi tahu tak yang kadang-kadang perbelanjaan kecil yang kita keluarkan tanpa sedar ni yang merupakan faktor terbesar yang buatkan ‘purse bocor’. Mungkin anda boleh tukar semula taktik cara belanja anda tu bermula harini?

Mula-mula, kaji dulu apa kelemahan diri anda sendiri. Contohnya anda lemah bila tengok sale di laman web, kasut harga runtuh, handbag 70% off. Bila dapat notification lama web shopping, laju je klik dan mulalah operasi ‘beg duit bocor’.

1. Berhenti dahulu bila dapat e-mel tentang stok baju baru. Ini boleh buat kamu leka dan beli baju tanpa hiraukan harga. Jangan lupa baca dengan teliti the fine print. Laman shopping seperti Fashion Valet ada menyediakan system loyalty points. Ini bermaksudkan lebih points anda kumpul, lebih banyak nilai wang yang anda boleh belanja lagi nanti.

2. Memanglah syok dan senang shopping online. Tapi, jika anda ‘tahan diri’ dari belanjakan RM100 setiap bulan dengan shopping online, anda boleh selamatkan RM1,200 setahun. Duit ini sudah mencukupi untuk beli beg tangan berjenama!

Seterusnya, kalau anda ni jenis suka ‘tapau’ sahaja makanan dari kedai, anda kena tengok balik perbelanjaan kalau makan di luar. Tapi jika anda belanja hampir RM10 setiap hari berkerja, anda mungkin telah pun spend lebih RM300 sebulan untuk makan tengahari. Belum lagi ambil kira duit yang anda belanja untuk makan malam, atau makan kudap-kudap sambil buat kerja.

1. Jika alasan anda untuk sentiasa bungkus sahaja makanan setiap hari sebab tak ada idea atau masa nak masak, jangan risau. Cuba google menu ringkas yang anda boleh buat. Dekat YouTube atau Facebook ada macam-macam menu mudah dan ringkas anda boleh buat. Pantas lagi tau.


2.Untuk beri anda lebih insentif mencuba masak sendiri dan bawa hidangan dari rumah, cuba tengok tudung mahal yang mampu anda beli dengan duit yang telah anda ‘selamatkan’.

Akhir sekali, kalau anda jenis suka spend banyak duit untuk beli hadiah mewah, pasti tak sampai hujung bulan, anda dah mula korek tabung. Tapi jangan risau, kita masih boleh berjimat walaupun dah spend duit untuk beli hadiah untuk rakan atau keluarga.

1. Bukannya bermaksud untuk anda beli hadiah murah pula untuk kawan baik atau keluarga, sebaliknya anda hanya perlu aturkan lebih awal untuk pastikan anda dapat diskaun yang berpatutan untuk hadiah istimewa itu. Lawati laman web seperti Lazada.com atau Groupon.com untuk tempah hadiah mewah seperti alat elektronik, baucar spa atau pakej percutian buat. Dekat situ dah jimat.

2. Katakan anda belanja hampir RM3,000 setahun untuk hadiah mewah. Jika duit ini diurus dengan betul dan anda belanja hanya separuh dari nilai itu untuk pembelian hadiah, dah cukup simpanan untuk beli barang yang dah lama anda aim.

Jadi, tak salah berbelanja tu. Cuma kena selalu beringat yang sebulan ada 30 hari. Kalau tengah bulan pun duit dah tak ada, macam mana nak teruskan hidup tunggu gaji masuk kan? – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori