• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Paksaan Parti Politik Hantar Calon Disaring SPRM

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbuka kepada mana-mana parti politik yang ingin menghantar senarai nama calon untuk saringan bagi memastikan mereka yang bakal bertanding pada pilihan raya umum akan datang bebas rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata perkara itu terpulang kepada parti-parti politik kerana tiada peruntukan dalam undang-undang untuk SPRM membuat saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa terhadap bakal calon pilihan raya.

”Tiada paksaan kepada parti-parti politik yang enggan melakukannya. Itu adalah komitmen sesebuah parti untuk menghantar nama bakal calon untuk saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa supaya pemimpin yang dipilih oleh rakyat kelak adalah bersih,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengetuai Konvoi Program Kembara Jelajah Anti Rasuah sempena sambutan Jubli Emas SPRM di sini hari ini, Dzulkifli berkata saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa merupakan satu proses pertama sebelum seseorang individu itu bertanding atau dipilih sebagai calon.

SPRM baru-baru ini, dilapor mempelawa parti-parti politik yang bercadang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 supaya menyerahkan senarai nama bakal calon kepada suruhanjaya itu untuk disaring, dan setakat ini hanya Barisan Nasional (BN) menyerahkan senarai nama cadangan calon untuk saringan.

Sementara itu, Dzulkifli tetap menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) yang dilihat mempunyai skop kerja dan tanggungjawab yang sama dengan agensi-agensi sedia ada.

“Penubuhan JITN ini akan menjadi satu pembaziran bajet kerana skop kerjanya sudah dilakukan oleh agensi-agensi yang sedia ada dan ia akan mengganggu gugat peranan yang dimainkan SPRM,” katanya.

Beliau berkata selain SPRM, negara juga mempunyai Institut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Integriti­ Agensi Penguatkuasaan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini mempertahankan penubuhan JITN sebagai usaha untuk menerajui transformasi perubahan bagi membina kapasiti institusi terutamanya dalam kalangan penjawat awam. – BERNAMA

Tags: SPRMTan Sri Dzulkifli Ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd