• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Laporan 3 Pelajar Dijangkiti H1N1 Di Melaka

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Kesihatan pada masa ini tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan tiga pelajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini dijangkiti virus Influenza A H1N1 seperti yang tular di media sosial.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam berkata pihaknya masih menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengenai dakwaan tersebut dan memantau rapi perkembangan perkara itu.

“Saya berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pemantapan Kualiti Kepimpinan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) negeri Johor di Ayer Keroh di sini hari ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu bertujuan memantapkan lagi kualiti pelajar-pelajar SJKT di samping menyarankan agar para guru mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan awal mengenai suasana pembelajaran sekolah menengah yang mana kebanyakannya daripada pelbagai kaum.

Sejak minggu lepas, tular pesanan audio berdurasi 54 saat di aplikasi WhatsApp yang kedengaran sebagai seorang lelaki memberi amaran tidak membenarkan pelajar menghadiri sesi persekolahan di SJKC Bukit Beruang di sini kerana dakwanya sekumpulan besar pelajar sekolah termasuk anaknya telah dimasukkan ke hospital swasta akibat penyebaran H1N1.

Sementara itu, Timbalan Exco Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Anti Dadah Melaka, Datuk Ng Choon Koon berkata pihak Jabatan Kesihatan Melaka masih menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan berkenaan.

“Saya sendiri telah telah membuat tinjauan di hospital itu dan pihak hospital mengesahkan hanya terdapat satu kes disyaki sahaja, saya menafikan dakwaan bahawa terdapat ramai pelajar yang dimasukkan ke hospital itu kerana H1N1,” katanya.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana Jabatan Kesihatan Negeri akan melakukan pemantauan terhadap kes tersebut dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya jangkitan itu benar-benar berlaku. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamH1N1
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Tokan Dadah Antara 22 Penagih Ditahan AADK

Next Post

Piala Malaysia: Perak Tak Gentar Jumpa JDT

Related Posts

Kematian COVID-19 10 Kali Ganda Berbanding H1N1 – WHO

14/04/2020
0

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, kematian akibat COVID-19 adalah 10 kali ganda daripada wabak H1N1 yang pernah menyebabkan...

SK Stella Maris Ditutup, 7 Pelajar Positif Influenza

22/01/2020
0

KOTA KINABALU - Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris Tanjung Aru di sini ditutup selama seminggu bermula hari ini selepas tujuh...

Next Post

Piala Malaysia: Perak Tak Gentar Jumpa JDT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd