• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Lancar Program Berbudi Kepada Tanah

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Rakyat Terengganu digalakkan menjadi petani secara kecil-kecilan dengan berkebun di kawasan rumah sendiri bagi menjayakan Program Berbudi Kepada Tanah dan menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata dengan menanam sayur-sayuran di keliling rumah ketika waktu lapang ia juga akan dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan malah sedikit sebanyak meringankan beban belanja dapur sesuatu keluarga.

“Untuk itu kerajaan negeri akan melaksanakan program berkenaan secara serentak di seluruh negeri pada satu masa yang akan ditetapkan dengan agensi-agensi pertanian diminta membantu dari segi mengagihkan biji benih dan khidmat nasihat kepada mereka yang menjayakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri dan Pekan Budaya Daerah Besut, di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga bersedia memberi kebenaran kepada rakyat negeri ini yang berminat menjalankan aktiviti pertanian jangka pendek di tanah-tanah kerajaan yang tidak digunakan di seluruh negeri.

Katanya, untuk itu mereka boleh memohon melalui pihak berkuasa tempatan seperti Pejabat Tanah dan Daerah serta agensi-agensi pertanian di daerah masing-masing bagi menjalankan aktiviti pertanian. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd