Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pandang Positif Penambahan 1...

TAWAU - Cadangan penambahan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu bagi Parlimen...

Kes Denggi Catat Trend...

KUALA LUMPUR - Kes demam denggi meningkat kepada 48 kes atau 3.6 peratus...

UMNO Ipoh Barat Difitnah,...

Semalam, kecoh di laman sosial Twitter berkenaan kes beberapa lelaki warga Bangladesh didakwa...

Najib Ucap Selamat Menyambut...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan selamat menyambut perayaan...

Tambak Laut Teluk Muroh: Suhakam Akan Siasat

LUMUT – Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu penambakan laut di Teluk Muroh di sini yang dikatakan mencetus rasa tidak puas hati penduduk dan nelayan di kawasan berkenaan.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata pihaknya menyatakan kesediaan untuk membantu lebih 1,000 penduduk dan 117 nelayan di kawasan berkenaan yang dikatakan kecewa dengan pelaksanaan projek tersebut.

“Kami tidak menentang kerajaan negeri untuk melaksanakan sebarang aktiviti pembangunan tetapi biarlah setiap projek yang dilakukan membawa situasi menang-menang kepada kedua-dua belah pihak.

“Kami juga akan membawa isu ini ke Pejabat Daerah dan Tanah Manjung sebelum bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir untuk mencari penyelesaian yang lebih konkrit,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk dan nelayan Teluk Muroh di sini hari ini.

Pada Disember tahun lepas, Zambry menegaskan kerajaan negeri tidak akan berganjak daripada keputusan melaksanakan projek tersebut kerana bantahan mengenainya hanya datang dari pihak luar dan bukan penduduk setempat. – BERNAMA

Kategori