Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pelantikan Muhammad Ganti Zeti...

KUALA TERENGGANU - Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Najib Kecewa Axiata Digital...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kecewa apabila syarikat digital milik Axiata...

Zahid Hamidi Seru NGO...

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

Kos Beli Vaksin Pendatang...

IPOH - Kos perbelanjaan untuk membeli bekalan vaksin bagi disuntik kepada pendatang asing...

“Tak Perlulah Jumpa, Saya Maafkan Mereka” – Pengetua

ORANG kata senang untuk memaafkan tapi susah untuk melupakan. Mungkin ini jawapan yang diberikan apabila ditanya kepada ahli keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Begitu juga dengan pengetua pusat tahfiz berkenaan yang mana tragedi dahsyat tersebut telah meragut nyawa 21 pelajarnya dan dua orang warden pada 14 September lalu.

Pengetuanya, Mohd. Zahid Mahmood malah menyatakan hasratnya yang tidak mahu berjumpa dengan suspek mahupun keluarga mereka.

“Tak perlulah jumpa mereka. Bukan berdendam. Saya maafkan mereka semua, seperti saya sentiasa memaafkan pelajar saya.

“Kita manusia harus saling memaafkan. Saya tak nak fikir panjang benda yang sudah jadi.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk pulihkan semuanya, semangat anak-anak pelajar ini dan bagaimana kita nak bergerak ke depan. Saya maafkan mereka,” katanya dipetik laporan BH Online.

Mohd. Zahid meredakan apa yang telah terjadi dan dia yakin semua itu telah ‘ditulis’ dan ketentuan Allah SWT.

“Mereka hanya penyebab berlakunya perkara ini kerana jika boleh diputarkan waktu, saya yakin mereka (suspek) juga tidak mahu perkara ini terjadi… saya sendiri juga tidak mahu perkara sebegini berlaku.

“Tetapi perkara ini sudah ‘tertulis’.. saya anggap ini adalah ujian Allah kepada saya serta ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam kejadian ini,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, dia mengakui ujian yang sedang dihadapinya amat berat, namun percaya pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kerana setiap ujian yang diturunkan kepada hamba-Nya pasti mampu dihadapinya.

“Kejadian ini memberi kesan yang amat besar kepada saya sendiri. Ada ketika pada awal kejadian, saya sampai berasa seperti tidak mahu lagi menguruskan pusat tahfiz.


“Tetapi, inilah ujian Allah. Saya perlu kuatkan diri.

“Tumpuan saya sekarang adalah melihat ke depan…semangat semua, terutama anak-anak di sini perlu dipulihkan,” katanya sambil menambah pusat tahfiz itu tidak mengenakan sebarang yuran atau bayaran kepada pelajarnya.

Walaupun berasa sedih dengan tragedi ini, namun ia sekali gus dapat membuka mata pihak tentang fokus yang perlu diberikan kepada pusat-pusat tahfiz.

“Ia seperti ‘lilin membakar diri’. Satu kejadian yang insya-Allah memberi manfaat kepada banyak pihak.

“Kejadian ini membuka mata ramai pihak mengenai kebajikan pusat tahfiz di negara ini,” tambahnya.

Terdahulu, peruntukan khas sebanyak RM30 juta untuk mengemas kini premis pusat-pusat tahfiz telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, khidmat pemeriksaaan dan pembaikan sistem pendawaian diberikan secara percuma kepada pusat tahfiz melalui Institut Kemahiran Belia negara (IKBN) yang diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori