Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Kajian Projek 2 Empangan...

KUALA LUMPUR - Cadangan pembinaan empangan di Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir di...

Malaysia Hormat Keputusan Singapura...

KUALA LUMPUR - Malaysia menghormati keputusan Singapura memperkenalkan Caj Jalan Raya Timbal Balas...

UMNO: Sikap Biadab Pihak...

KUALA LUMPUR - Isu kebiadaban dan perbuatan menghina pemimpin dan negara sejak kebelakangan...

Nora Danish: Jangan Terkejut...

WALAUPUN mengakui sudah berpisah namun Nora Danish mengatakan jangan terkejut sekiranya dia berkahwin...

Sultan Nazrin Titah Bendera Dikibar Separuh Tiang

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menitahkan agar semua bendera di negeri Perak dikibarkan separa tiang sehingga selesai istiadat pemakaman Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Titah baginda disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

“Sebagai tanda turut bersedih dan dukacita rakyat negeri Perak atas kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menitahkan untuk semua bendera di negeri Perak dikibarkan separa tiang sehingga selesai istiadat pemakaman,” menurut kenyataan itu.

Sultan Abdul Halim mangkat pada 2.30 petang tadi di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah pada usia 89 tahun.

Almarhum Sultan Abdul Halim disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit untuk memberi peluang kepada rakyat memberi penghormatan terakhir dari 11 pagi hingga 12.30 tengah hari esok.


Penghormatan untuk orang kenamaan pula bermula dari 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari. – BERNAMA

Kategori