• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukar Kenal Pasti Jenazah – Keluarga Mangsa

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses pengecaman mayat mangsa insiden kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi ini sukar dilakukan kerana kesan kebakaran yang teruk.

Noor Aini Kamarudeen, 31, Cheras, kakak ipar kepada seorang mangsa, Muhammad Haikal Abdullah, 12, berkata pengecaman kali kedua hari ini tidak dapat disahkan waris iaitu ibu serta adik-beradik arwah.

Mereka kini terpaksa menunggu sehingga hari esok untuk keputusan ujian DNA.

“Berdasarkan gambar yang kami lihat, mayat yang sudah rentung itu ada memakai ‘sweater’, cincin dan jam tangan. Kami tidak dapat kenal pasti sebab mayat terbakar seluruh badan.

“Apapun keputusan ujian DNA esok, kami sekeluarga reda,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata arwah yang merupakan anak bongsu dari tujuh beradik itu baharu menyambut hari kelahirannya pada 6 September lalu.

Noor Aini menyifatkan arwah adik iparnya itu seorang yang periang dan manja.

“Dia sangat manja, suka senyum dan ceria. Ibu mertua saya baru melawat arwah di tahfiz semalam. Minggu lalu kami sekeluarga bawa dia bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa.

“Tidak sangka itu kesempatan terakhir kami bersama,” katanya dengan linangan airmata.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu pada 5.15 pagi tadi. – Bernama

Tags: BombaDarul Quran Ittifaqiyahkebakaran pusat tahfiztahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd