• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Melecur Dalam Kebakaran Di Baling

oleh AK-47
05/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Sepasang suami isteri melecur teruk dalam kebakaran membabitkan tujuh buah rumah kedai di Kampung Bandar, Mukim Siong di sini awal pagi tadi.

Nazri Ismail, 40, dan isterinya Salawati Romli, 39, melecur pada kedua-dua tangan serta badan mereka.

“Paru-paru Nazri turut dimasuki asap dan dia kini sedang dirawat di Hospital Baling dan akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar jika keadaannya semakin teruk.

“Namun mereka terlebih dahulu berjaya mengeluarkan anak-anak mereka yang sedang tidur sebelum rumah kedai yang menjadi kediaman mereka musnah dijilat api dalam kejadian kira-kira 6 pagi tadi,” kata Mustaqim, 20, iaitu adik kepada Salawati.

Dia berkata abang iparnya itu melecur teruk kerana dia menyerbu semula ke dalam rumah untuk mengambil kunci keretanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Riduan Abu Malik berkata pihaknya menggegaskan 18 anggota bersama tiga jentera ke tempat kejadian.

Punca kebakaran belum diketahui, katanya.

Premis terbabit terdiri daripada sebuah stor menyimpan motosikal, sebuah kedai makan dan lima kedai runcit.

Sementara itu Pegawai Daerah Baling, Md Shuhaime Abdul Rahman berkata kira-kira 50 mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu akan diberikan bantuan susulan sewajarnya dengan bantuan awal berupa wang tunai RM500 sudah diagihkan kepada mereka.

“Sebagai permulaan Pejabat Daerah dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah mengedarkan kit bantuan bencana, wang tunai berjumlah RM500 serta bantuan makanan kepada semua mangsa.

“Bagi bantuan seperti tilam dan bantal, akan disalurkan melalui Pejabat Khidmat Masyarakat Anggota Parlimen Baling. Kita akan menyalurkan semua bantuan yang dirasakan perlu kerana mangsa kini hilang punca pendapatan sepenuhnya buat jangka masa yang panjang,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaranmelecur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd