• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan Setiausaha Politik Seleweng Wang PTPK

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang Setiausaha Politik sebuah kementerian bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata SPRM telah menahan setiausaha berkenaan pada 12.30 tengah hari ini dan individu berkenaan akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan badan itu menjalankan siasatan dengan lebih lanjut.

“Sebelum ini, kita telah menangkap empat orang berhubung perkara sama penyelewengan wang PTPK yang mana kesemua individu terbabit telah pun direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM.

“Hari ini SPRM telah membuat tangkapan terhadap seorang lagi yang merupakan Setiausaha Politik sebuah kementerian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Kembara Jelajah Anti-Rasuah 2017’ (KEJAR ‘17) peringkat negeri Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di sini hari ini.

Dzulkifli berkata setiausaha terbabit merupakan individu kelima yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan tersebut.

Menurut sumber SPRM, individu berkenaan yang berumur 61 tahun itu merupakan ahli biasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Serian, Sarawak.

“Individu itu ditahan oleh SPRM ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 12.30 tengah hari ini,” kata sumber itu.

Pada 13 September lalu, SPRM telah menahan empat individu kerana disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.

Mereka yang ditahan adalah seorang ketua eksekutif bergelar Datuk berumur 58 tahun ditahan bersama-sama setiausaha perbadanan berumur 34 tahun, penolong pegawai kewangan berumur 32 tahun dan pengarah sebuah syarikat yang bergelar doktor berumur 38 tahun di beberapa lokasi di ibu negara dalam operasi khas SPRM.

Bagaimanapun, kesemua individu terbabit yang direman enam hari bermula 14 September lalu masing-masing telah dibebaskan dengan jaminan SPRM. – BERNAMA

Tags: Seleweng WangSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd