• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Renang Paralimpik Azam Perbaiki Pencapaian

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad renang paralimpik negara berazam memperbaiki pencapaian tujuh pingat emas yang diraih sewaktu di Singapura dua tahun lepas pada temasya Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 yang dijadual bermula dari 17 hingga 23 Sept ini.

Pengurus pasukan, Loke Chee Heng berkata meskipun tiada jumlah sasaran spesifik yang diletakkan dalam sukan yang mempertandingkan 84 acara itu, beliau optimis perenang negara mampu menjelmakan sekurang-kurangnya 10 pingat emas daripada 54 acara yang disertai.

Katanya, persediaan rapi yang dibuat sejak sejak awal tahun ini selain dua kejohanan antarabangsa di Belanda dan Portugal telah memberi banyak manfaat dalam perkembangan prestasi perenang negara menjelang temasya dwitahunan itu.

“Sukan Para ASEAN kali ini kami tidak meletakkan sebarang sasaran tetapi dengan persediaan yang dibuat, kami akan cuba sedaya upaya meraih lebih daripada tujuh pingat emas yang berjaya dirangkul sewaktu di Singapura.

Negara seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan Singapura adalah pencabar utama kami tetapi saya yakin dengan kemampuan perenang negara, mereka bersedia untuk memburu seberapa banyak pingat yang boleh,” katanya pada sidang media Kita Juara Para ASEAN bersama skuad renang di sini, hari ini.

Sementara itu, perenang negara, Jamery Siga mahu menggunakan pengalaman berharga ketika beraksi di Sukan Paralimpik Rio 2016 dan beberapa kejohanan di Eropah tahun ini bagi mempertahankan dua pingat emas yang dimenanginya pada edisi 2015 di Singapura.

Beliau yang sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan bahu dan pinggang menyifatkan motivasinya berada pada tahap terbaik untuk mengulangi kejayaan meraih emas dalam acara 200 meter gaya bebas S5 dan 50m kuak kupu-kupu.

“Fokus saya hanya mahu mengekalkan dua pingat emas yang saya raih di Singapura. Secara keseluruhan saya sudah bersedia dan motivasi saya pada tahap yang bagus walaupun kecederaan saya belum pulih sepenuhnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Skuad Renang Paralimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd