• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SK Damak, Jerantut Ditutup Akibat Banjir Kilat

oleh Ahmad Albab
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 368 pelajar dan 32 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Damak, Jerantut tidak bersekolah hari ini susulan laluan masuk ke sekolah mereka ditenggelami banjir kilat.

Murid dan para guru telah diarahkan pulang.

Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Rosdi Ismail berkata sesi persekolahan akan disambung semula esok selepas kerja-kerja membersihkan bangunan sekolah selesai petang ini.

“Selain laluan masuk, tiga blok sekolah yang menempatkan dua kelas, galeri, kantin dan pusat kegiatan guru juga ditenggelami air yang beransur-ansur surut mulai tengah hari,” katanya semasa dihubungi.

Sementara itu Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pahang, Zainal Yusoff berkata banjir kilat berlaku sekitar pukul 5.40 pagi disebabkan hujan lebat selama tiga jam.

Beliau berkata selain SK Damak, turut terjejas ialah tiga rumah penduduk, masjid dan pondok polis.

“Hujan lebat juga menyebabkan beberapa pokok tumbang di Jalan Damak menuju Jerantut dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Tiada penduduk yang dipindahkan. – BERNAMA

Tags: banjir kilatPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd