Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

73 Jalan, Lebuh Raya...

SHAH ALAM : Sebanyak 73 jalan utama dan beberapa lebuh raya di seluruh...

Lapor Anak Dilanggar Lori,...

PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita berpakat dengan teman lelakinya untuk membuat laporan polis...

Hubungan Malaysia-China Berada Di...

KUALA LUMPUR - Hubungan Malaysia dan China kini berada pada tahap paling tinggi...

Aset Ketenteraan Diletakkan Di...

PETALING JAYA - Aset ketenteraan yang berada di Pangkalan Udara Labuan sentiasa diletakkan...

SJKT Kurang Murid Dipindah Ke Kawasan Bandar

KLUANG – Kerajaan sedang berusaha memindahkan 22 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang kekurangan murid ke kawasan berkeperluan tinggi khususnya di kawasan bandar.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata pemindahan berkenaan menjadi agenda MIC dalam meningkatkan mutu pendidikan masyarakat India.

“Kebanyakan SJKT terbabit terletak di kawasan ladang di mana hanya menampung 10 murid akibat masyarakat India yang berhijrah ke bandar.

“Sehubungan itu, kita perlu memindahkan SJKT ini ke kawasan lebih sesuai di bandar terutamanya di kawasan yang memerlukan lebih daripada sebuah SJKT akibat murid yang ramai,” katanya kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas pembinaan bangunan baru SJKT Ladang Nyior di Sri Lalang di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan dan Pengerusi MIC Johor Datuk M.Asojan.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata pemindahan 22 SJKT itu perlu dilakukan secara berperingkat memandangkan kerajaan berdepan beberapa cabaran terutamanya mendapatkan tanah dan mengambil kira kos pembinaan.

Anggota Parlimen Segamat itu, sehubungan itu, meminta masyarakat memahami isu perpindahan SJKT tersebut dan bekerjasama menjayakan perpindahan ke kawasan lebih sesuai demi memartabat pendidikan.


Mengenai pembinaan bangunan baharu SJKT Ladang Nyior di tanah seluas 2.6 hektar, beliau berharap kemasukan murid akan meningkat kepada 150 orang apabila dibuka berbanding hanya dua murid ketika ini.

“Pengoperasian SJKT Ladang Nyior tidak logik diteruskan kerana hanya mempunyai dua murid yang memerlukan 13 guru. Sehubungan itu, kita pindahkannya ke Sri Lalang kerana tiada SJKT di kawasan ini, supaya bilangan murid dapat ditingkatkan memandangkan terdapat beberapa penempatan di kawasan ini termasuk Kampung MIC,” katanya.

Menurut Dr Subramaniam, pembinaan bangunan baharu melibatkan 12 bilik darjah itu menelan kos RM3.5 juta yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan. – BERNAMA

Kategori