• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sisik Tenggiling, Gading Gajah RM80 Juta Disita

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kastam Sabah merampas tiga tan gading gajah dan lima tan sisik tenggiling bernilai kira-kira RM80.5 juta yang cuba diseludup melalui Pelabuhan Sepanggar pada 29 Ogos lepas.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata 1,148 batang gading gajah bernilai RM9.9 juta dan sisik tenggiling bernilai RM70.6 juta itu dirampas hasil pemeriksaan ke atas dua buah kontena yang diisytiharkan mengandungi kacang tanah pada 30 Ogos lepas.

“Gading gajah dan sisik tenggiling ini disyaki berasal dari Afrika dan telah melalui pelabuhan sebuah negara jiran sebelum masuk ke negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Kastam Sabah Datuk Hamzah Sundang.

Menurut Subromaniam berikutan rampasan berkenaan, seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun ditahan reman di bawah Seksyen 135(1)(A) Akta Kastam 1967 bagi membantu siasatan kerana disyaki mengimport barangan larangan.

Di bawah seksyen berkenaan, tertuduh boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barang atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya siasatan juga dibuat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang mana akaun individu dan syarikat yang disyaki akan dibekukan.

Ditanya mengenai lokasi asal dan destinasi kontena berkenaan, Subromaniam berkata kontena berkenaan disyaki dibawa dari Nigeria namun telah singgah di pelabuhan ‘paling sibuk’ di sebuah negara jiran sebelum memasuki negara ini.

Menurutnya disyaki destinasi akhir kontena berkenaan ialah China namun ia masih dalam siasatan Kastam.

“Apa yang memeranjatkan kita ialah kontena-kontena ini telah melalui sebuah pelabuhan di negara jiran. Tetapi Kastam Malaysia, kalau membawa barangan larangan, kita tidak akan berkompromi. Walaupun destinasi akhirnya bukan Malaysia tetapi kita akan mematahkan sebarang penyeludupan,” katanya.

Justeru beliau berkata Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sebagai transit untuk penyeludupan barangan larangan sebaliknya perlu dilihat dari sudut lain iaitu kejayaan Kastam Malaysia mematahkan aktiviti itu meskipun ia telah melepasi pelabuhan sebuah negara jiran.

“Saya ingin memberi amaran kepada pihak-pihak sindiket. Jangan cuba guna pelabuhan di Malaysia untuk menyeludup terutamanya barangan larangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri T. Subromaniamgading gajahSisik Tenggiling
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lagi Bangkai Dugong Jantan Ditemui Di Mersing

Next Post

Isteri PM Israel Didakwa Salah Guna Wang Awam

Related Posts

Malaysia Lupus Sisik Tenggiling Bernilai Lebih RM36 Juta

06/12/2018
0

SEREMBAN - Malaysia telah melupuskan 2.8 tan sisik tenggiling bernilai RM36.617 juta yang dirampas dalam tiga operasi tahun lepas, kata...

Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Dadah RM3.85 Juta

11/04/2018
0

BUKIT KAYU HITAM – Kastam Kedah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 70 kilogram dadah dipercayai jenis methamphetamine bernilai RM3.85 juta di...

Next Post

Isteri PM Israel Didakwa Salah Guna Wang Awam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd