• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Piawaian Keselamatan Semua Pusat Tahfiz – PM

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kabinet mengarahkan bomba melakukan siasatan terhadap piawaian keselamatan di semua pusat tahfiz seluruh negara bagi memastikan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru-baru ini tidak berulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, berdasarkan siasatan itu nanti, mana-mana pusat tahfiz yang tidak mematuhi piawaian akan diberikan tempoh meningkatkan tahap keselamatan pusat masing-masing dan jika gagal berbuat demikian, pusat berkenaan akan diarahkan tutup.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tempoh diberikan kepada pusat tahfiz untuk mematuhi piawaian ditetapkan.

“Ini soal keselamatan anak-anak kita yang tidak boleh kita kompromi dan saya setuju ini adalah ‘bom masa’ yang tidak boleh dipandang ringan.

“Ini soal nyawa anak-anak kita dan ini tanggungjawab kita, bukan soal kuasa kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, tetapi ini soal keselamatan, kebajikan dan lebih-lebih lagi nyawa anak-anak kita,” katanya pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah peringkat kebangsaan 1439H/2017M hari ini.

Dalam kejadian 5.15 pagi 14 September lalu, 21 pelajar dan 2 guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban, selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat teratas bangunan 3 tingkat tersebut.

Sabtu lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan 7 remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.

Najib berkata, peristiwa yang berlaku kepada pusat tahfiz tersebut ialah sesuatu yang amat menyedihkan dan kejadian itu masih menghantui fikirannya sehingga hari ini.

“Saya tidak dapat percaya ada remaja belasan tahun boleh merancang perbuatan jenayah yang begitu teliti sehingga menyebabkan 21 pelajar tidak berdosa maut serta 2 guru terkorban.

“Apalah dosa mereka? Takkanlah bergaduh sebab futsal boleh berlaku jenayah ini? Ini yang menghantui fikiran saya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta beberapa menteri Kabinet. – BERNAMA

Tags: BombaDatuk Seri Najib Tun Razakkebakaran pusat tahfiztahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maal Hijrah: Artis Masalah Elok Renung Kebodohan Diri

Next Post

Reman Suspek Bakar Pusat Tahfiz Disambung 7 Hari

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Next Post

Reman Suspek Bakar Pusat Tahfiz Disambung 7 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd