KEMATIAN 12 ekor monyet di Kotwali Mohammadi, yang terletak di utara India telah mengejutkan penduduk di situ kerana binatang itu mati secara serentak.
Rupa-rupanya selepas bedah siasat dijalankan, monyet itu mengidap sakit jantung selepas terkejut dengan ngauman harimau.
Monyet terbabit terlampau takut dengan harimau hinggakan diserang sakit jantung.
Pada mulanya doktor haiwan menyangka monyet-monyet terbabit diracun dan mereka terpaksa melakukan bedah siasat untuk mencari punca kematiannya.
Penduduk juga melaporkan harimau sering melalui kawasan terbabit dan ketika kejadian mereka ada mendengar binatang itu mengaum. – MYNEWSHUB.CC