• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekretariat Tetap Dialog Pangkor Akan Ditubuhkan

oleh AK-47
13/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebuah sekretariat tetap untuk Dialog Pangkor bakal ditubuhkan bagi membincangkan mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP), Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang terlibat dalam penganjuran program berkenaan yang memasuki tahun keempat tahun ini.

Beliau berkata NCIA dan IDR akan membincangkan perkara itu dengan segera selepas ini untuk mengadakan program tersebut pada skala lebih besar.

“Saya berharap Dialog Pangkor akan diangkat ke peringkat UNDP pusat dan mengisytiharkannya menjadi dialog serantau serta dialog ASEAN untuk pertubuhan itu bagi mencapai 17 SDGs yang telah dipersetujui di peringkat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Dialog Pangkor 2017 di sini, hari ini.

Pada 1 Jan tahun ini, 17 SDGs daripada Agenda Pembangunan Lestari 2030, yang diterima pakai oleh pemimpin dunia pada September 2015 semasa Sidang Kemuncak PBB yang bersejarah, berkuatkuasa secara rasmi.

Bercakap mengenai pencapaian Dialog Pangkor 2017 dan Perak Festival of Ideas (PFoI) Zambry berkata beliau amat bangga dengan pencapaian program berkenaan yang mendapat tempat di hati rakyat dari seluruh negara malah di peringkat antarabangsa.

“Apa yang sangat membanggakan pencapaian kedua-dua program adalah ia berakhir dengan satu sambutan dan bilangan penyertaan yang masih memenuhi dewan persidangan hinggalah ke ucapan penangguhan dan penutupan

“Saya amat berbangga kerana kali ini penyertaan dalam dialog melibatkan golongan anak-anak muda yang penuh aspirasi supaya berkongsi pengalaman, cita-cita dan mereka menyaksikan sebuah persidangan antarabangsa di negeri Perak,” katanya sambil menambah hampir 80 panel dari dalam dan luar negara menyertai persidangan ini.

Zambry berkata beliau akan memiikirkan untuk mengadakan program itu lebih lama kerana sambutan daripada peserta amat menggalakkan selain menerima maklum balas yang positif daripada mereka. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd