Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Penulis ‘Aku Hidup Dalam...

KUALA LUMPUR - Penulis novel komik 'Aku Hidup Dalam Blues', Azzam Supardi meninggal...

PDRM Umum Pertukaran 4...

KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran empat lagi...

Kes Denggi P.Pinang Meningkat...

GEORGE TOWN - Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat peningkatan sebanyak 56.06...

Lana Nodin Kongsi Gambar...

PELAKON Lana Nodin yang kini merantau ke California, Amerika Syarikat sudi berkongsikan wajah...

Sejuta Sertai Program ‘Moh Ngeteh Merdeka KKLW’

SUNGAI PETANI – Kira-kira satu juta komuniti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan orang ramai menyertai program ‘Moh Ngeteh Merdeka KKLW 2017‘ yang diadakan serentak di 12,246 lokasi di seluruh negara hari ini.

Sambutan peringkat kebangsaan program itu diadakan di Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani dekat sini yang dirasmikan Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Program itu yang merupakan kemuncak program sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, bertujuan menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga KKLW dan orang awam agar sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan terdahulu dalam usaha memerdekakan negara.

Menariknya, Ismail Sabri turut berkesempatan melakukan lintas langsung dengan pelajar dan komuniti MARA yang berada di pejabat MARA di luar negara seperti Amerika, Rusia, Jerman, Australia dan Mesir.

Beliau berkomunikasi dengan kesemua komuniti MARA melalui telekonferens sambil bertanyakan perkembangan pelajar sepanjang mereka berada di luar negara.

Lintas langsung turut diadakan bersama GiatMara Langkawi, Ibu Pejabat MARA di Putrajaya, UniKL, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kemaman, Terengganu dan KKLW Putrajaya, Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu, Sabah.


Sementara itu di PUTRAJAYA, program tersebut diraikan bersama lebih 1,000 warga kerja kementerian serta unit dan agensi di bawahnya yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah.

Antara acara yang dianjurkan sempena meraikan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini ialah Pertandingan KKLW Idol dan Kuiz Merdeka.

Program Moh Ngeteh Merdeka KKLW merupakan penganjuran kali kedua selepas diadakan tahun lalu di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan dengan kehadiran 609,662 peserta seluruh negara sekali gus dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan paling ramai. – BERNAMA

Kategori