• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Masih Menangis Hingga Sekarang’ – Ismail Sabri

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ada kenangan sendiri bersama pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung, yang terbakar Khamis.

Katanya, apabila mengimbau kenangan berbuka puasa bersama pelajar pusat tahfiz itu pada Ramadan lalu, beliau menangis lebih-lebih lagi apabila terkenangkan mangsa dalam kejadian itu yang mengorbankan 21 pelajar dan dua tenaga pengajar.

Beliau berkata, mereka berkesempatan untuk sembahyang fardu Maghrib secara berjemaah dan berpeluang bermesra bersama-sama dengan semua pelajar berkenaan.

“Hari ini saya berasa sangat sedih selepas menerima perkhabaran mengenai kejadian kebakaran yang menimpa pusat tahfiz ini sehingga mengorbankan 21 pelajar dan dua tenaga pengajar.

“Saya masih menangis sehingga sekarang. Terutama tengok gambar budak yang saya riba (pada majlis berbuka puasa lalu),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sewaktu melawat ibu bapa dan keluarga mangsa di Hospital Kuala Lumpur siang tadi, seorang ibu berkongsi cerita kegembiraan anaknya yang berpeluang berbuka puasa dengan beliau.

“Ibu berkenaan berkata kepada saya, Datuk Seri, selepas majlis berbuka puasa itu, anak saya telefon beritahu, ‘Sedap kami makan di majlis berbuka dengan Datuk. Sedap-sedap lauknya emak’,” katanya. – BH Online

Tags: Darul Quran IttifaqiyahDatuk Seri Ismail Sabri Yaakobkebakaran pusat tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Beliau...

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd