• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Berkuasa Teliti Pemohon Lesen Laut Dalam

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Kerajaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri Sarawak bagi meneliti setiap permohonan lesen perikanan laut dalam di negeri ini sebelum dikemukakan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk kelulusan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia adalah hasil perbincangan berterusan berkaitan penurunan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Sebelum ini katanya, semua permohonan dihantar terus kepada kementerian untuk kelulusan.

“Tetapi sekarang selepas perbincangan,.. mereka (Kerajaan Persekutuan) telah memberi kuasa kepada kepada kementerian pertanian negeri untuk meneliti setiap permohonan dan kemudian diberi sokongan. Hanya selepas itu baharu dikemukakan kepada Kuala Lumpur untuk kelulusan,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penghargaan Jabatan Pertanian Sarawak di sini malam tadi.

Sejumlah 171 kakitangan jabatan itu dari seluruh negeri menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dan 83 pesara dan bakal pesara menerima surat penghargaan masing-masing daripada Timbalan Ketua Menteri.

Menurut beliau, permohonan lesen yang dihantar terus kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tanpa mendapat sokongan Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak terlebih dahulu tidak akan dipertimbangkan.

Sementara itu beliau berkata, Sarawak sedang melaksanakan kaedah baharu pemberian subsidi pertanian kepada golongan petani dan penternak di negeri ini yang telah diluluskan kabinet baru-baru ini.

“Kabinet telah membuat keputusan untuk menerima manual baharu pelaksanaan subsidi yang dibentangkan Jabatan Pertanian Sarawak bagi tanaman seperti getah, kelapa sawit dan seumpamannya,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan manual baharu itu akan dapat meningkatkan prestasi pengeluaran hasil pertanian di Sarawak yang melibatkan penyertaan kira-kira 225,000 keluarga petani.

“Semasa Rancangan Malaysia ke-10, laporan audit mendedahkan prestasi sektor pertanian kita hanya pada tahap 53 peratus. Antara puncanya ialah kelewatan tender, oleh sebab itu Jabatan Pertanian tampil dengan manual baharu ini.

Oleh itu adalah diharapkan dengan manual baharu subsidi ini kita akan dapat meningkatkan prestasi pengeluaran hasil pertanian dalam Rancangan Malaysia ke-11 nanti,” katanya.

Menurutnya, melalui manual baharu pelaksanaan subsidi itu, petani akan dikehendaki menubuhkan satu jawatankuasa pengurusan projek (PMC) yang turut dianggotai pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Sarawak yang berperanan untuk memilih kontraktor, menyelenggara pelaksanaan projek yang melibatkan penyertaan para petani sendiri.

Peruntukan bagi bahagian pertama projek berjumlah lebih RM6,000 akan dimasukkan ke dalam akaun PMC yang dikendalikan bersama Jabatan Pertanian.

Setiap keluarga petani akan diberi dua subsidi bagi dua jenis tanaman untuk mempelbagaikan hasil pertanian dan pada masa sama mengelakkan mereka daripada terlalu bergantung kepada hasil satu jenis tanaman sahaja.

Katanya, sebagai contoh jika petani menanam tanaman getah dan lada, jika harga getah turun mereka masih lagi boleh bergantung kepada hasil tanaman lada dan begitulah sebaliknya dengan tanaman-tanaman lain. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Douglas Uggah EmbasLesen Perikanan Laut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Komuniti Pantau Projek Elak Kerja Kurang Bermutu

08/10/2018
0

BETONG – Pemimpin komuniti kini boleh memantau rapi pelaksanaan projek pembangunan kerajaan di kawasan mereka bagi mengelak kerja kurang bermutu,...

15 Pam Api Mudah Alih Bantu Cegah Kebakaran Peringkat Awal

23/03/2018
0

KUCHING – Lima belas Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) di Sarawak hari ini masing-masing menerima sebuah enjin pam api mudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd