• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samy Vellu Dapat Gelaran Tun, KPN Baru Pula Tan Sri

oleh
09/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif serta bekas menteri Kabinet, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tan Sri Michael Chen Wing Sum dianugerahi darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM).

Ia merupakan anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun. Mereka mendahului senarai 1,518 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2017.

Ini bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, hari ini. Md Raus, 66, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara selama tiga tahun berkuat kuasa pada 4 Ogos lalu.

Beliau menggantikan Tun Arifin Zakaria yang bersara. Sebelum itu, Md. Raus berkhidmat sebagai Presiden Mahkamah Rayuan sehingga 3 Ogos lalu.

Samy Vellu, 81, yang juga bekas Presiden MIC kini merupakan Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur berkuat kuasa 1 Januari 2011.

Beliau adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet bermula sebagai Menteri Kerja Raya dan Utiliti pada tahun 1979 sehingga 2008.

Michael Chen, 85, pula ialah bekas Timbalan Presiden MCA dan pernah dilantik Yang Dipertua Dewan Negara pada 2000 hingga 2003.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru dan sebagai ahli Dewan Negara bermula 1997 hingga 2003.

Tiga individu menerima anugerah Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) membawa gelaran Tan Sri, iaitu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Seramai 48 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri termasuk Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Aziah Ali; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Turut menerima PSM ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad; Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Penerima PSM yang lain termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri S Vigneswaran; Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim; Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Affendi Buang.

Seramai 51 individu menerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk dan lapan individu menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Di Raja yang juga membawa gelaran Datuk.

Seramai 26 individu menerima Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (JMN), 86 individu menerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM), 250 menerima Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) dan 11 menerima Bintang Kesatria Setia Di Raja (KSD).

Seramai 412 individu dianugerahkan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN), 581 individu menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN), 37 individu menerima Bintang Setia Di Raja (BSD) dan dua individu menerima anugerah Panglima Gagah Berani (PGB). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Fuzi HarunSamy Vellu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM India Ucap Takziah Atas Pemergian Samy Vellu

PM India Ucap Takziah Atas Pemergian Samy Vellu

15/09/2022
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri India Narendra Modi melahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu...

‘Samy Vellu Negarawan, Tokoh Politik Prolifik’

‘Samy Vellu Negarawan, Tokoh Politik Prolifik’

15/09/2022
0

KUALA LUMPUR : Malaysia kehilangan seorang negarawan dan tokoh politik berpengalaman yang menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara dan kemajuan masyarakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd