• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Galak Aktiviti Sukan Dalam Perkhidmatan Awam

oleh Ahmad Albab
21/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri sentiasa memberi galakan dan sokongan terhadap penglibatan perkhidmatan awam di negeri ini dalam aktiviti sukan bagi memastikan kualiti kesihatan fizikal dan mental berada di tahap yang baik, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata sebagai organisasi utama yang menerajui pentadbiran kerajaan Sabah, Jabatan Ketua Menteri (JKM) tentunya memerlukan tenaga kerja yang berkualiti di semua peringkat agar mampu memberi perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkesan kepada rakyat.

“Oleh itu saya menyeru dan menggalakkan supaya anggota perkhidmatan awam khususnya warga JKM supaya meluangkan sedikit masa dalam jadual harian untuk bersenam.

“Ini perlu bagi menjadikan tubuh badan kita sihat dan cerdas demi menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Pesta Sukan Muhibbah JKM 2017, di sini malam tadi.

Mengulas mengenai pesta sukan itu, Musa berkata penganjurannya dapat mengeratkan lagi kerjasama, semangat kerja berpasukan dan kesukanan dalam warga kerja JKM, sekali gus menggalakkan dan membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

“Semangat berpasukan yang telah dipupuk sepanjang kejohanan ini boleh dijadikan sebagai budaya kerja bagi meningkatkan prestasi dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan di jabatan dan agensi masing-masing.

“Ini sudah tentu akan menyumbangkan kepada kejayaan pelaksanaan segala perancangan pembangunan di Sabah,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: perkhidmatan awamSukan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi Berwajah `Makhluk Asing’ Jadi Tumpuan

Next Post

Badut Jadi Calon Pilihan Raya Tempatan Boston

Related Posts

SSPA: Kelayakan Minimum Masuk Perkhidmatan Awam Dinaikkan Kepada SPM

SSPA: Kelayakan Minimum Masuk Perkhidmatan Awam Dinaikkan Kepada SPM

14/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Selari perubahan dasar pendidikan negara dan akses pendidikan menengah atas, had kelayakan minimum bagi kemasukan dalam perkhidmatan...

CUEPACS Hantar Cadangan Penambaikan Perkhidmatan Awam

CUEPACS Hantar Cadangan Penambaikan Perkhidmatan Awam

27/08/2022
0

Alor Setar : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menghantar cadangan berkaitan penambaikan dalam perkhidmatan awam kepada Perdana...

Next Post

Badut Jadi Calon Pilihan Raya Tempatan Boston

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd