• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rindu Tok Wan, Si Putih Kunjungi Arwah

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini tular satu video yang menyayat hati di laman Facebook.

Video itu menunjukkan seekor kucing yang tidak mahu berganjak dari kubur seorang insan mulia.

Video yang dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai Soffuan beberapa jam lalu telah mendapat 1.3 juta tontonan dan kisah ini telah mendapat lebih 18,000 perkongsian di laman tersebut.

Menerusi video itu, kucing putih tersebut dilihat mengelilingi dan menguis-nguis kubur arwah tok wannya (Ismail Bin Mat) semasa talkin sedang dibacakan.

“Ada kejadian berlaku semasa membaca talqin, seekor kucing putih mai mengelingi kubur arwah. Sunguh besar kekuasaanmu ya Allah,” tulisnya di laman Facebook.

Menurut Soffuan, semasa hayat tok wannya masih ada, dia sangat menyayangi anak-anak dan cucu-cucunya.

“Kasih sayang seorang tok wan kepada kami, 38 orang cucu daripada 12 anaknya tiada ganti,” tulisnya.

Mungkin disebabkan sikap penyayang atuknya itu menjadi sebab kucing putih ini datang ke kuburnya.

Menurut Soffuan, arwah atuknya itu merupakan seorang pencinta kucing.

Jadi, tidak hairanlah jika si Putih ini bertandang ke kubur atuknya. Mungkin kucing ini pun terasa kehilangan insan penyayang itu.

Jika dilihat dalam video berkenaan, kucing putih itu masih enggan berganjak walaupun telah diangkat beberapa kali oleh beberapa wanita yang turut hadir ke majlis pengebumian arwah Ismail.

Walau bagaimanapun, posting berhubung kejadian itu mendapat respon netizen yang rata-ratanya turut merasa sayu melihat aksi kucing tersebut.

Mereka turut mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Jangan ingat hanya manusia sahaja yang bersedih dengan pemergian seseorang, haiwan juga punya perasaan. Jadi, berbuat baiklah kepada makhluk lain ya! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: kubur dikelilingi kucingkucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd