• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Maut Gara-Gara Seekor Babi

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMAISURI – Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan kereta di Kilometer 12, Jalan Chalok-Telaga Papan di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu meragut nyawa, Mohamad Sulaiman Salleh, 19, setelah dipercayai dia cuba mengelak daripada melanggar seekor babi yang melintas jalan tersebut.

Mangsa dikatakan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah Perodua Axia, menyebabkannya cedera parah di kepala.

Rakannya, Muhammad Al-Qusyairi Awang Mat, 17, yang menunggang motosikal berasingan, patah tangan dan kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris, berkata siasatan awal mendapati dua motosikal dari arah Telaga Papan menghala ke Chalok dilapor memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta.

“Pertembungan menyebabkan mangsa yang menunggang seorang diri tercampak ke atas jalan raya sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkifli berkata, berdasarkan keterangan Muhammad Al-Qusyairi, mereka cuba mengelak daripada terlanggar babi yang melintas sebelum memasuki laluan bertentangan.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.

Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan susulan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: babikemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd