BARU-BARU ini kecoh di media sosial apabila netizen dikejutkan dengan perkongsian jutawan kosmetik Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang berhasrat memiliki senjata api.
Baca: No More Bodyguard, Kini Aliff Syukri Mohon Senjata Api
Menerusi laman instagram, Aliff turut memuat naik gambar dirinya membuat permohonan di Balai Polis Sungai Buloh dekat ibu negara baru-baru ini.
Perkongsian usahawan itu secara tidak langsung mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.
Ada yang setuju dan ada juga yang beranggapan tindakan itu hanya akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri.
Bagaimanapun, tidak kurang segelintir netizen yang menjadikan perkara itu sebagai bahan jenaka.
Rata-rata antara mereka dilihat memperlekehkan kebolehan dan hasrat Aliff kerana beranggapan usahawan itu tidak mampu mengendali senjata berkenaan.
Komen tersebut turut disokong oleh para netizen lain.
Setakat ini reaksi netizen menunjukkan mereka tidak mempercayai kemampuan Aliff untuk memegang senjata api berkenaan yang diketahui agak berat dan panas apabila tembakan dilepaskan.
Hal ini kerana, senjata api bukan barang mainan malah ramai yang memilikinya mengakui ia adalah amat sukar dikendalikan waima anggota polis dan tentera sendiri.
Tambahan pula, semua sudah sedia tahu dengan perangai ‘gila-gila’ beliau yang ada masa dilihat begitu keterlaluan. Macam mana agaknya nak handle senjata api tu?
Hmmm… pegang kucing pun dah menggelabah, macam mana kalau pegang M16 tu? Apa jadi agak nya ya?
Bagaimanapun, tak salah kan kalau kita berbaik sangka.
Mungkin selepas memiliki senjata api Aliff akan lebih berani dan menunjukkan kebolehan sebenarnya. Terutama untuk menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga.
Maklumlah dah tak ada bodyguard kan… Haaa..siapa tahu? – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura