• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Anggota Polis Dipenjara 6 Bulan, Denda

oleh Ahmad Albab
21/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat koperal dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah tiga tahun lepas.

Tertuduh, Roslin Md Esa, 53, yang bertugas di Balai Polis Tanjung Rambutan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim S.Indra Nehru selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman empat bulan penjara jika tertuduh tidak membayar denda itu. Tertuduh tidak bayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan berjumlah RM400 daripada Bedah Debok sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya, Azrul Haffiz Che Azzmi yang ditahannya di Balai Polis Tanjung Rambutan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, jika disabitkan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau mengikut mana-mana yang tinggi.

Bapa kepada tiga orang anak itu juga didakwa menerima suapan berjumlah RM100 daripada individu yang sama dan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Roslin didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah gerai air kelapa, Jalan Besar, Tanjung Rambutan di sini antara pukul 2.30 petang dan 4.30 petang pada 14 Mei 2014.

Indra Nehru kemudian menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM10,000 atau dua bulan penjara bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua juga hukuman yang sama. Hukuman berkenaan berjalan serentak mulai hari ini.

Terdahulu, tertuduh yang telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32 tahun merayu agar mahkamah meringankan hukuman kerana dia menyesal akan tindakannya itu selain perlu menanggung tiga orang anak dan isteri yang menghidap kencing manis serta darah tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Wahida Jalaluddin pula memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh bagi memberi pengajaran kepadanya serta masyarakat khususnya penjawat awam supaya mengamalkan amanah serta integriti dalam melaksanakan tugas. – BERNAMA

Tags: anggota polisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd