• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Ke Bali Diminta Maklumat Kedutaan

oleh Ahmad Albab
30/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Rakyat Malaysia yang datang ke Bali sama ada untuk bercuti atau urusan lain, diingatkan sekali lagi agar memaklumkannya kepada Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di pulau itu bagi memudahkan komunikasi berikutan gunung berapi Gunung Agung masih berstatus ‘awas’.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata pada masa ini pihaknya dan Pejabat Konsul Kehormat sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang berada di Bali terutamanya pelajar, ekspatriat dan pelancong.

“Pihak kedutaan juga telah menyelaras dengan pelajar-pelajar Malaysia di Bali untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sebelum ini, pihak konsulat telah menghubungi beberapa pelajar Malaysia yang berada di dalam zon bahaya iaitu dalam lingkungan 12 kilometer dari puncak gunung agar berpindah ke tempat selamat.

Zahrain turut meminta nasihat serupa dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Malaysia yang membawa rakyat Malaysia ke Bali.

Rakyat Malaysia boleh mendaftarkan keberadaan mereka di Bali menerusi Facebook @embassymalaysiajakarta dan Twitter @myembjkt, atau menghubungi kedutaan besar di Jakarta menerusi talian +62215224947 atau +6281380813036 (selepas waktu pejabat) atau e-mel [email protected].

Bagi yang berada di Bali pula boleh menghubungi Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di Puri Kumara Sakti, Jalan Bentuyung, Ubud, Gianyar, 90571 Bali atau telefon +62361973182/ +6281237154050 atau e-mel [email protected].

Media tempatan hari ini melaporkan setakat ini pihak berkuasa telah memindahkan lebih 200,000 penduduk dari kawasan zon bahaya sejak gunung berapi itu mula mengeluarkan asap tebal dan berlaku beberapa gempa kecil.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi mengesahkan status Gunung Agung yang terletak di daerah Karangasem boleh meletus pada bila-bila masa dan rakaman satelit menunjukkan ada rekahan pada kawah gunung setinggi 3,031 meter dari aras laut tersebut.

Gunung berapi tertinggi di Bali itu pernah meletus dan memuntahkan lahar pada September 1963 yang mengorbankan lebih 200 nyawa dan memusnahkan ribuan rumah di kawasan sekitarnya.

Sementara itu, Gabenor Bali, I Made Mangku Pastika dipetik meminta orang ramai tidak menyebarkan berita palsu kononnya gunung berapi itu telah meletus dan mengeluarkan lahar seperti yang disebarkan oleh media-media sosial.

Sambil menegaskan gunung tersebut belum meletus, beliau berkata pihak berkuasa telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan orang ramai.

“Jika Gunung Agung meletus, maksimal dampak dari erupsi dan debu vulkanik hanya sekitar 12 kilometer dan jangan dipikirkan ia menjadi ancaman bagi pariwisata (pelancong) dan kehidupan masyarakat Bali,” katanya.

(Jika Gunung Agung meletus, kesan maksimum letusan dan debu gunung berapi hanya dalam lingkungan 12 kilometer dan jangan bimbang, ia tidak mengancam pelancong serta kehidupan masyarakat di Bali) – BERNAMA

Tags: Balirakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancong Terkejut Jumpa ‘Air Terjun’ Berbau Najis Di Pantai Bali – Ada Yang Mandi Disitu

Pelancong Terkejut Jumpa ‘Air Terjun’ Berbau Najis Di Pantai Bali – Ada Yang Mandi Disitu

05/12/2025
0

PULAU BALI – Tular sebuah video memaparkan detik seorang pelancong terkejut menemui ‘air terjun’ berbau busuk seperti kumbahan manusia ketika...

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd