• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Di Turki Meninggal Digigit Serangga

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia berusia 27 tahun meninggal dunia di Istanbul, Turki dipercayai akibat gigitan serangga selepas menaiki belon udara panas di Cappadocia, kelmarin.

Perkara itu disahkan oleh Pengurusan Syarikat Pelancongan IBC Tours yang menguruskan pakej percutian mangsa berkenaan di Turki.

Mangsa yang mengikuti pakej pelancongan di Turki bermula 16 sehingga 24 September bersama keluarganya sebelum arwah dimasukkan ke hospital kerana terkena gigitan.

Pengarah Syarikat IBC Tours Corporation Sdn. Bhd., Mohammad Rizal Narusuddin berkata, mangsa, Noor Azmeera Sahudin tidak menyedari berhubung gigitan berkenaan dan hanya mengadu mengalami kegatalan saja.

“Ketika kami membawa pelancong melawat di Cappadocia, mangsa menaiki belon udara panas dan dipercayai digigit sesuatu di bahagian kaki, sama ada labah-labah atau serangga.

“Kemudian, mangsa mengadu mengalami gatal-gatal. Tiga hari kemudian mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kaki dan ketua pelancong kami membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan di sebuah hospital di Bursa.

“Doktor di hospital Bursa memberikan ubat seperti antibiotik, namun mangsa sekali lagi mengadu sakit sehingga ke bahagian pinggang. Kemudian, mangsa terus dibawa ke Hospital Besar Istanbul,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Mohammad Rizal berkata, doktor mengesahkan bahawa mangsa digigit sesuatu dan racun itu sudah merebak ke bahagian pinggang.

Katanya, wakil IBC Tours berada dengan mangsa daripada hari pertama di hospital sehingga kritikal dan menguruskan pengkebumian termasuk kepulangan keluarga mangsa ke Malaysia.

Beliau berkata, pihak IBC Tours menerima panggilan jam 9 malam kelmarin bahawa mangsa sudah meninggal dunia di hospital itu.

“Kami mengambil tanggungjawab dan menghubungi syarikat insurans mangsa untuk menguruskan jenazah supaya dibawa pulang ke Malaysia, namun keluarga mangsa mahu arwah dikebumikan di Turki.

“Sehingga kini, kami belum mendapat laporan perubatan lengkap berhubung punca kematian, cuma doktor yang merawat arwah mengesahkan mangsa terkena gigitan,” katanya.

Katanya, IBC Tours menguruskan kepulangan keluarga sebaik urusan pengkebumian jenazah selesai di Turki. – MYNEWSHUB.CC

Tags: meninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd