• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Ilya Nafi Buat Pembedahan Untuk Cantik

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AWAL tahun lalu, nama Raja Ilya pernah menggemparkan industri apabila dia memberitahu akan membintangi filem terbitan Marvel Studios.

Baca: Raja Ilya Bakal Bintangi Filem Terbitan Marvel

Namun ada pula desas desus yang mengatakan pelakon ini membuat pembedahan untuk tujuan kecantikan. Betul ke?

Menurut Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya, dia tidak menjalani pembedahan pada bahagian perut untuk mendapatkan bentuk tubuh yang lebih menarik sebaliknya untuk membuang ketumbuhan yang terdapat pada bahagian itu.

Ilya menyatakan yang dia sudah menderita dengan ketumbuhan yang wujud pada bahagian perut sekitar dua tahun lalu yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain.

“Saya buat pembedahan buang ketumbuhan itu bukan untuk cantik tetapi demi kesihatan kerana sudah dua tahun saya hadapi penyakit itu.

“Pembedahan itu juga sebenarnya saya lakukan kerana mahu memastikan kesihatan saya dalam keadaan baik bagi menjalani penggambaran filem itu di Los Angeles pada Januari tahun depan.

“Alhamdulillah pembedahan itu berjalan lancar malah saya tidak sampai seminggu keluar dari hospital,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Pelakon berusia 32 tahun ini juga menjelaskan dia tidak menjalani pebedahan plastik seperti yang digembar gemburkan hanya untuk menjayakan watak dalam filem terbitan Marvel tersebut.

Menurutnya, dia hanya menjalani satu pembedahan yang dikenali sebagai Electric Muscle Stimulation (EMS) iaitu pembedahan untuk menghasilkan otot tubuh.

Katanya, penghasilan otot tubuh berkenaan merupakan antara persiapan yang dilakukan sebelum dia terbang ke Amerika Syarikat untuk sesi pengambaran.

Bukan itu sahaja, malah pelakon drama bersiri Gerak Khas ini juga mengamalkan diet dan senaman bagi memastikan stamina dan penampilannya kelihatan sempurna.

Baginya ini merupakan batu loncatan untuk dia dikenali di peringkat antarabagsa. Justeru itu, dia tidak akan mensia-siakan peluang ini.

“Walaupun penggambaran masih belum bermula tetapi saya perlu buat persediaan rapi kerana ini adalah peluang terbesar saya untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa.

“Memang sekarang saya dalam proses diet yang ketat sejak dua bulan lalu selain menjalani rutin senaman agar saya mempunyai stamina tinggi ketika penggambaran,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ilya masih tidak membuka mulut tentang filem yang bakal dilakonkannya itu. Namun dia mengakui skrip naskhah filem tersebut sudah diterimanya.

“Saya sudah mengikat perjanjian dengan penerbit untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai filem itu malah saya sendiri tidak tahu saya akan berlakon dengan siapa,” tambahnya.

Selamat berjaya diucapkan kepada Raja Ilya dalam pembabitannya di peringkat antarabangsa! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: marvelRaja Ilya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Ilya Bukan Lagi Pemegang Saham Richiamo Coffee

05/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Richiamo Coffee Sdn. Bhd., pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee di seluruh negara hari ini mengumumkan...

“Thanos Superhero Kegemaran Saya” – Mahathir

28/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Dalam kesibukan jadual kerja yang padat, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini sempat meluangkan masa untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd