• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tahfiz DQI Cari Tempat Belajar Sementara

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Jalan Keramat Ujung di sini masih mencari lokasi sesuai bagi menjalankan sesi pembelajaran sementara sebelum mereka dibenarkan menggunakan bangunan baharu yang siap dinaik taraf.

Pengetuanya, Mohd Zahid Mahmood berkata, sesi pembelajaran perlu dimulakan pada awal November depan sedangkan bangunan baharu yang sepatutnya dijadual beroperasi Oktober ini ditangguhkan dan hanya akan digunakan awal tahun depan.

“Ada beberapa tempat ditawarkan untuk kami beroperasi buat sementara waktu namun kami perlu mencari institusi yang mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta tidak terletak terlalu jauh,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mohd Zahid berkata, pusat tahfiz sementara perlu beroperasi di premis berstatus institusi dan bukannya di lot kediaman kerana tidak bersesuaian.

Beliau yang masih bersedih dengan kehilangan 21 pelajar serta dua guru pusat tahfiz DQI mengakui tragedi yang mengorbankan nyawa mereka telah membuka mata banyak pihak sekali gus menambah baik pendidikan pusat tahfiz di seluruh negara.

“Inilah hikmahnya…pemergian mereka telah membuatkan kebajikan semua pusat tahfiz dipandang serius dengan pelbagai peruntukan yang diumumkan.

“Selepas kejadian ini, banyak inisiatif diterima seperti pendawaian secara percuma kepada institusi pendidikan tahfiz di seluruh negara khususnya daripada kerajaan yang prihatin,” kata Mohd Zahid.

Difahamkan, beliau akan menemui pegawai penyiasat polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan lanjut kes itu hari ini.

Pada 14 Sept lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi, Khamis lepas. – BERNAMA

Tags: kebakaran pusat tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd