• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tahfiz Akan Beroperasi Semula Oktober Ini

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Oktober ini di bangunan baharu yang terletak tidak jauh dari bangunan yang terbakar tersebut.

Pengetuanya Mohd Zahid Mahmood berkata, bangunan baharu itu kini sedang diubah suai.

“Bangunan itu juga akan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan sijil layak menduduki.

“Apabila semua proses itu selesai baru kesemua pelajar akan masuk semula untuk meneruskan aktiviti pembelajaran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua 18 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun yang terselamat dalam tragedi awal pagi Khamis lepas kini bercuti dan bersama keluarga masing-masing.

Dalam kejadian 5.15 pagi itu, 21 pelajar berusia enam hingga 16 tahun serta dua guru berusia 26 dan 25 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.

Pada sidang media malam tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran berkenaan.

Beliau berkata, polis percaya motif kebakaran pusat tahfiz itu adalah dendam yang berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek antara pelajar tahfiz tersebut dan pihak luar.

Enam daripada tujuh suspek juga positif dadah.

Kesemua mereka yang tidak bersekolah direman selama tujuh hari sehingga 22 September untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: kebakaran pusat tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd