Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Mayat Budak Lelaki Ditanam...

Kuala Lumpur - Mayat yang ditanam di bawah lantai dapur rumah di Taman...

Ikan Bertaring Makin Mudah...

KOTA KINABALU - Selepas hampir dua minggu kejadian sejenis spesies ikan bertaring seakan-akan...

AS, Sekutu Jalin Kerjasama...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan bekerjasama dengan sekutunya untuk memindahkan kereta kebal buatan...

5 Maut Hospital MSF...

SANAA - Sekurang-kurangnya lima maut dan 10 cedera dalam serangan peluru berpandu ke...

Pusat Panggilan Pelanggan TM Pindah Ke Graha Maju

MELAKA – Pusat panggilan pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TM) di Banda Kabar di sini telah dipindahkan ke Bangunan Graha Maju bagi menampung pertambahan pegawai, sekali gus memastikan perkhidmatan yang lebih efisien.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman berkata pusat tersebut kini menempatkan 380 pegawai perkhidmatan pelanggan berbanding hanya 100 ketika di lokasi sebelum ini.

“Kita melihat terdapat keperluan untuk menambah baik perkhidmatan pusat ini kerana secara purata pusat panggilan pelanggan di Melaka menerima kira-kira 500,000 panggilan sebulan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pusat berkenaan di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan turut dihadiri Pengurus Besar TM Melaka Datuk Rozlan Mohamed.

Mengulas lanjut, Bazlan berkata pembukaan pusat penggilan pelanggan berkenaan yang beroperasi secara 24 jam itu bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi Melaka tetapi turut menyediakan peluang pekerjaan.


Beliau berkata TM kini mempunyai enam pusat panggilan pelanggan di seluruh negara iaitu tiga di Lembah Klang serta masing-masing satu di Pulau Pinang, Sarawak dan Melaka.

Katanya sehingga kini TM mempunyai hampir 8,000 pegawai yang bertugas di empat pusat terbabit secara bergilir bagi memastikan panggilan yang dibuat pelanggan menerima layanan sewajarnya. – BERNAMA

Kategori