• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Anak Yatim, Tahfiz Di Pahang Perlu Berdaftar

oleh Ahmad Albab
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan semua rumah anak yatim dan pusat tahfiz di negeri ini yang tidak berdaftar supaya segera berbuat demikian atau berdepan tindakan.

Baginda bertitah pendaftaran pusat itu sama ada dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) penting supaya pihak berkuasa dapat melakukan pemeriksaan keselamatan serta membolehkan penyaluran bantuan dilaksanakan dengan teratur, demi kebaikan penghuninya.

Titah baginda, soal pendaftaran tidak boleh diketepikan walaupun mungkin ada segelintir masyarakat berpandangan pusat jagaan anak yatim mahupun pengajian pendidikan Islam itu hanya melibatkan jumlah pelajar yang kecil.

“Jika hanya ada 10 orang sekalipun, isu keselamatan harus diberi keutamaan dan mereka berhak mendapat jaminan keselamatan terbaik. Saya telah banyak kali menegur perkara ini. Jadi saya harap sebelum berlaku perkara tidak diingini, elok mereka berdaftar.

“Jangan berkompromi soal keselamatan. Bomba juga perlu mainkan peranan aktif melakukan pemeriksaan dan beri nasihat sewajarnya. Jangan bila sudah berlaku kejadian tidak diingini, baru hendak bertindak. Elok kita bertindak sekarang supaya tidak menyesal,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengurusan dan Pembangunan Anak Yatim Negeri Pahang 2017 yang dihadiri 350 pengusaha, sukarelawan dan ahli akademik yang aktif dalam kegiatan berkaitan anak yatim.

Baginda menambah kejadian kehilangan nyawa 23 orang termasuk 21 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara akibat kebakaran pada 14 Sept lalu wajar dijadikan pengajaran semua pihak.

Tengku Abdullah bertitah berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat 2,078 anak yatim di negeri ini dan setakat ini, hanya 12 pertubuhan anak yatim bergabung di bawah Persatuan Anak Yatim Pahang (Pekaya) yang diterajui Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad.

Tengku Abdullah turut menasihatkan ibu bapa supaya lebih bertanggungjawab dalam memilih pusat jagaan anak yatim atau pusat tahfiz dengan memeriksa taraf pendaftaran dan aspek keselamatan pusat itu.

“Jangan terburu-buru dalam menghantar anak… kalau (pusat) tidak berdaftar susah untuk kita pantau keselamatan. Ibu bapa juga perlu pastikan kebajikan adalah sesuai dengan emosi serta perkembangan pembesaran anak,” titah baginda.

Tengku Abdullah juga mahu supaya penyaluran sumbangan kepada golongan anak yatim berjalan setiap masa, dan bukannya menunggu waktu-waktu tertentu seperti pada bulan Ramadan sahaja. – BERNAMA

Tags: anak yatimSekolah Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Agong, Permaisuri Berkenan Kurnia Sumbangan Kepada Asnaf, Anak Yatim

29/04/2022
0

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd