• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Propaganda DAP Untuk Kekalkan Undi Melayu

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata pelbagai propaganda yang dikeluarkan DAP ketika ini hanyalah untuk memastikan ia tidak kehilangan undi kaum Melayu.

Bendahari UMNO itu berkata sejarah pilihan raya umum (PRU) sejak 1990 membuktikan DAP hanya mampu menang banyak kerusi parlimen hasil kerjasama dengan parti-parti berteraskan Melayu khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

Salleh dalam analisis pilihan rayanya berkata, DAP bagaimanapun hanya mampu menang di kawasan majoriti Cina pada PRU 1990 dan 1999, walaupun berlaku perpecahan dalam UMNO dan berpakat dengan beberapa parti Melayu lain.

“Tetapi dalam PRU 2008 dan 2013, apabila DAP mendapat sokongan Melayu yang banyak hasil kerjasamanya dengan PAS dan PKR, kerusi DAP bertambah (secara) drastik dengan memenangi masing-masing 28 kerusi (12.61 peratus) dan 38 kerusi (17.1 peratus) daripada 222 kerusi parlimen.

“Kini, setelah PAS tidak lagi bersama Pakatan Rakyat, DAP resah. DAP risau partinya tidak kuat lagi. Justeru itulah DAP mengeluarkan pelbagai propagandanya untuk memastikan pengundi Melayu dalam PAS kekal bersamanya dalam Pakatan Harapan,” katanya dalam catatan di laman blog www.sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Menurut Salleh, DAP menang 20 daripada 57 kerusi parlimen yang ditandingi pada PRU 1990, sembilan daripada 50 (PRU 1995), 10 daripada 47 (PRU 1999), 12 daripada 44 (PRU 2004), 28 daripada 47 (PRU 2008) dan 38 daripada 51 (PRU 2013).

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya kaum Melayu tidak bersatu, DAP mampu menguasai negara biarpun hanya sekadar bertanding 60 kerusi parlimen pada PRU 14 akan datang dengan menggunakan rakan sekutu Pakatan Harapan seperti Parti Amanah Negara, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk mendapatkan undi Melayu.

Jelasnya negeri-negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan serta Melaka mempunyai banyak kawasan campuran, dan DAP juga yakin peralihan 10 hingga 15 peratus undi Melayu sudah cukup untuk mereka mengambil alih pentadbiran negara.

Justeru, Salleh mengingatkan pengundi Melayu di negara ini agar tidak berpolitik menggunakan emosi.

“Fikirlah tentang masa depan negara kita sebelum tertarik untuk mengalih sokongan kepada Pakatan Harapan.

“Politik Barisan Nasional membuat jasa budi, bertolak ansur antara kaum dan telah terbukti berjaya membangunkan negara. Kita semua ada tanggungjawab untuk negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd