• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek RTB Di Kedah Bantu Kurangkan Masalah Banjir

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) membabitkan beberapa sungai di Kedah dijangka berupaya mengurangkan masalah banjir yang berlaku, terutamanya sewaktu berlakunya air pasang dan hujan lebat yang berterusan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata pelaksanaan RTB Sungai Muda sebagai contoh, yang menelan belanja RM1.4 bilion dan siap pada 2015, berjaya mengurangkan masalah banjir di beberapa kawasan di daerah Kuala Muda.

“Kawasan yang terbabit banjir di daerah Kuala Muda kali ini adalah di kawasan tanah rendah, namun mungkin ramai lagi yang akan terjejas di daerah ini jika projek RTB Sungai Muda belum siap.

“Saya turut dimaklumkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa projek RTB Sungai Kedah, yang menelan kos RM641 juta yang meliputi tiga pakej akan siap menjelang 2019,” katanya kepada pemberita selepas melawat 293 mangsa banjir daripada 65 keluarga yang berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kechil, Mukim Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, di sini, malam tadi.

Beliau berkata pelaksanaan projek RTB Pendang yang meliputi tiga pakej dan menelan belanja RM350 juta pula dijadual bermula tahun hadapan.

“Jika semua projek RTB yang dilaksanakan ini siap sepenuhnya kelak, aliran air ke laut akan lebih mudah dan dapat mengurangkan kejadian banjir seperti ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, walaupun paras air dilihat menurun selepas dua hari banjir melanda beberapa daerah di negeri ini, semua jabatan dan agensi berkaitan diletakkan dalam keadaan bersiapsiaga bagi berdepan kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

“Kuala Muda mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai berbanding Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang, malah walaupun trend air menurun tetapi kami minta semua jabatan dan agensi terus mengawasi keadaan, khususnya di kawasan terjejas banjir.

“Ini kerana, berdasarkan laporan kaji cuaca, hujan dijangka turun lagi malah fenomena air pasang juga boleh menyebabkan berlakunya limpahan air walaupun tiada hujan,” katanya.

Beliau yang berpuas hati dengan persiapan yang dibuat bagi menghadapi banjir, turut menasihatkan semua penduduk agar mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkenaan sekiranya diminta berpindah ke pusat pemindahan bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah yang tiba di pusat pemindahan SK Bukit Kechil pada 10.45 malam, meluangkan masa meninjau keadaan mangsa banjir selain turut menyampaikan bantuan Barakah kepada semua keluarga mangsa banjir di situ.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Muda, Nordin Yahya; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Norizan Khazali; Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten Pertahanan Awam Azahar Ahmad dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka, Datuk Ali Yahya serta wakil jabatan dan agensi berkaitan. – Bernama

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipahbanjir kilatJPS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Viral… ‘Abang Barbie’ Kacak Curi Perhatian Ramai

Next Post

Tweet Batalkan Kemenangan Ratu Cantik Turki

Related Posts

Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut

Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut

23/03/2025
0

KOTA TINGGI: Hujan lebat melanda tengah malam tadi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Felda Air Tawar 1, dengan keadaan disifatkan...

Banjir Diramal Landa Kelantan, Pahang Bermula Hari Ini – JPS

Banjir Diramal Landa Kelantan, Pahang Bermula Hari Ini – JPS

29/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan dan Pahang selama dua hari bermula...

Next Post

Tweet Batalkan Kemenangan Ratu Cantik Turki

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd