• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Singapura Anugerah Pingat Kepada KPN

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Presiden Singapura menganugerahkan Pingat Jasa Gemilang kepada Ketua Polis Negara Malaysia Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pada Isnin.

Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura berkata di bawah kepimpinan Mohamad Fuzi, hubungan akrab antara Cawangan Khas Malaysia (MSB) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura semakin bertambah kukuh.

“Terdapat pertukaran risikan yang substantif dan kerjasama meluas dalam bidang membabitkan kepentingan keselamatan bersama, terutamanya dalam menentang ancaman keganasan,” kata kementerian itu menerusi laman sesawangnya.

Mohamad Fuzi memimpin melalui teladan, dan menyerlahkan keazaman serta kepimpinan yang pintar dalam memerangi ancaman keganasan yang berterusan, menurut kenyataan itu.

Anugerah itu bagi mengiktiraf peranan dan komitmen Mohamad Fuzi yang cemerlang dalam mempertingkatkan hubungan profesional yang utuh antara MSB dan ISD, dan sumbangan penting beliau kepada keselamatan Malaysia, Singapura dan rantau ini, kata MHA.

Mohamad Fuzi dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Julai 2015, dan dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 4 Sept 2017.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang K Shanmugam menyampaikan anugerah itu kepada Mohamad Fuzi di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis penyampaian anugerah itu dihadiri tetamu dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan pegawai dari PDRM dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd