• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sarawak Siasat Kebocoran Gambar Suspek

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Siasatan dalaman akan dijalankan untuk mengenal pasti orang yang menyiarkan gambar wajah (mugshot) suspek dirakam polis dalam satu kes dadah di Kuching, yang tersebar melalui media sosial hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar M.M Sree Shunmugam berkata siasatan dalaman itu dijalankan atas arahan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal setelah foto berkenaan disiarkan dalam laman Facebook Ruai Randau Sarawak, tanpa mengelabukan wajah suspek.

“Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal memandang serius perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini dan menegaskan bahawa individu yang bertanggungjawab menyiarkan foto berkenaan akan dikenakan tindakan tegas.

Dev berkata polis dimaklumkan tentang satu posting hari ini yang memetik kenyataan media Ketua Polis Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai tentang penangkapan tiga wanita yang disyaki terlibat dengan aktiviti berkaitan dadah, diiringi foto mugshot suspek yang dirakam polis.

Katanya, posting Ruai Randau Sarawak itu menerima beratus komen daripada warga Internet yang mengutuk laman Facebook berkenaan dan polis kerana menyiarkan foto itu.

“Kami dapat mengesan individu yang mempunyai kaitan dengan laman Facebook itu dan memerintahkan agar posting berkenaan dikeluarkan dengan serta-merta dan kemudian memadamnya,” kata beliau.

Beliau menasihati media, terutama portal berita dalam talian dan pentadbir laman Facebook supaya tidak menyiarkan foto suspek atau jika mahu digunakan juga, sekurang-kurangnya mengelabukan wajah suspek.

“Suspek belum disabitkan kesalahan di mahkamah dan mereka tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah,” katanya.

Beliau berkata perbuatan menyiarkan foto suspek sebelum proses penghakiman dijalankan boleh merosakkan reputasi suspek serta anggota keluarganya dan kerosakan itu tidak boleh dibaiki lagi, di samping menyebabkan mereka mengalami trauma mental. – BERNAMA

Tags: Datuk Dev Kumar M.M Sree Shunmugam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd